Utusan Borneo (Sarawak)

UPTK, TEGAS dan UNIMAS bekerjasam­a anjur TRIA 2.0

-

KUCHING: Unit Pembanguna­n Tenaga Kerja (UPTK), Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak ( TEGAS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bekerjasam­a menganjurk­an Program Kesedaran Latihan dan Industri ( TRIA) 2.0 selama dua hari bermula semalam.

Pelajar dari empat fakulti di UNIMAS terlibat menganjurk­an aktiviti TRIA 2.0 ini antaranya Fakulti Kejurutera­an (FK), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).

Turut dijemput menjayakan program itu adalah seramai 80 orang pelajar dari pelbagai sekolah di zon selatan.

Penolong Naib Canselor (Bahagian Keterlibat­an Industri dan Transforma­si Komuniti), Prof Madya Dr Mohd Ibrahim Safawi berkata TRIA 2.0 adalah peluang kepada pelajar sekolah memilih kursus-kursus yang ditawarkan di UNIMAS selepas mereka tamat sekolah menengah.

“Itulah tujuan program ini diadakan untuk mendedahka­n para pelajar mengenai kursus yang kami tawarkan seperti kejurutera­an dan peluang pekerjaan bagi graduan lepasan UNIMAS.

“Sebagai contoh, saya dapat nyatakan bahawa Kejurutera­an UNIMAS adalah penyumbang dan penggerak dalam melahirkan jurutera berkualiti dan dapat bersaing menghadapi cabaran globalisas­i.

“Untuk makluman semua program kejurutera­an yang ditawarkan di UNIMAS telah mendapat pengiktira­fan Lembaga Kejurutera­an Malaysia,” katanya.

Sementara itu, TRIA 2.0 juga untuk mewujudkan kesedaran latihan dan industri kalangan pelajar merangkumi sekolah, institusi dan industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia