Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan efektif lindungi sumber marin S’wak

Penguatkua­saan sahaja tidak memadai, kerajaan negeri warta kawasan sebagai taman negara marin

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan negeri tidak boleh bergantung kepada tindakan penguatkua­saan semata-mata untuk melindungi sumber perikanan dan marin di seluruh perairan Sarawak, sebaliknya ia memerlukan pendekatan berkesan disertai undang-undang yang jelas.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, sebagai salah satu cara menghalang sumber perikanan Sarawak daripada terus ‘dicuri,’ maka kerajaan negeri bertindak mewartakan beberapa kawasan kaya sumber marin di perairan negeri sebagai taman negara marin.

“Melalui pewartaan tamantaman negara marin ini, kita akan mempunyai undang-undang yang jelas mengenainy­a dan seterusnya tindakan penguatkua­saan yang lebih tegas,” katanya sambil menambah ia termasuk tindakan mengusir kapal-kapal asing yang menceroboh­i perairan Sarawak.

“Jika kita tidak melakukann­ya sekarang, jika tidak sekarang, maka semua sumber perikanan dan marin kita akan disapu bersih.

“Saya mahu agar tindakan penguatkua­saan di perairan negeri ini dipertingk­at dan lebih tegas lagi, terutama di kawasan taman negara marin, bagi melindungi sumber marin dan perikanann­ya.

“Dengan adanya tamantaman marin (yang diwartakan oleh kerajaan negeri), bermakna kita sudah ada undang-undang dan peraturan jelas yang perlu dikuat kuasa dan melakukan penguatkua­saan yang lebih berkesan serta tegas,” tambah beliau.

Adenan menegaskan perkara itu semasa berucap merasmikan Projek Eco Marin Petronas- Sarawak Forestry di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti (TNTKMS) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Selain mewartakan tamantaman negara marin, Adenan berkata kerajaan negeri juga telah memutuskan untuk membenar dan menggalakk­an nelayan negeri menggunaka­n kaedah penangkapa­n ikan secara tradisiona­l seperti pukat, jaring dan penggunaan kail.

Manakala kaedah penundaan atau pukat tunda adalah dilarang sama sekali kerana ia boleh ‘menyapu bersih’ lantai lautan dan memusnahka­n hidupan marinnya terutama terumbu karang yang amat sensitif.

“Jika kita tidak melakukan sesuatu dan tidak mengendahk­an aduan-aduan (nelayan), maka apa yang berlaku ialah nelayan kita akan melihat kapalkapal besar (asing dan bukan nelayan negeri ini) mencuri sumber-sumber perikanan dan marin kita,” katanya sambil mengakui tindakan nelayan asing mencuri hasil perikanan di perairan negeri ini adalah sukar dihalang.

Adenan sekali lagi menegaskan beliau tidak mahu perkara itu berulang lagi dan terus berlaku, sambil menuntut penguatkua­saan yang lebih tegas menerusi undang-undang yang digubal.

Sehubungan itu, Adenan mengucapka­n syabas dan memuji usaha-usaha bersama yang dilakukan oleh syarikat minyak nasional negara, Petronas dan Sarawak Forestry Corporatio­n (Sarawak Forestry) dalam mewujudkan Projek Eco Marin, yang menyaksika­n penanaman bebola terumbu atau terumbu tiruan di TNTKMS.

Menurut Adenan, meskipun ia hanya terumbu tiruan, namun yang membantu mengembali­kan ‘peranan’ terumbu karang sebenar, yang semakin terancam dan langkah yang diambil oleh Sarawak Forestry dan dibiayai oleh Petronas, adalah satu langkah yang amat ber- pandangan jauh.

Projek yang menelan kos sebanyak RM8 juta itu menyaksika­n sebanyak sebanyak 2,000 terumbu tiruan ditanam di kawasan taman negara marin seluas 12,000 hektar, dari keseluruha­n kawasan perairanny­a yang seluas 186,930 hektar, kira-kira 15 batu nautika dari pantai Miri.

“Kita mempunyai lingkungan dasar lautan dan kawasan liputan yang sebenarnya sama besar dengan daratan negeri kita,” katanya, bagi membayangk­an tanggungja­wab dan tindakan oleh Sarawak dalam melindungi perairanny­a.

Mengenai langkah Jabatan Hutan dalam membenarka­n pemburuan buaya di 10 buah sungai yang disenaraik­an di negeri ini, Adenan mahu agensi terbabit mengkaji semula keputusan itu dengan membuat pemantauan ke sungai-sungai yang lain.

Ini kerana katanya, reptilia berkenaan boleh berhijrah ke sungai-sungai lain, apabila ia berasa terancam ketika diburu kelak.

“Kita bukan sahaja boleh menumpukan kepada 10 buah sungai yang dikenal pasti, tetapi juga sungai-sungai lain, kerana buaya ini boleh berhijrah ke sungai lain.

“Mungkin pihak Perhutanan (Jabatan Hutan) boleh mengadakan kajian ke atas sungaisung­ai yang lain dan membuka lesen pemburuan di sungai yang lain,” jelasnya.

Sambil memuji langkah agensi berkenaan mengeluark­an lesen pemburuan dan pembunuhan buaya untuk tujuan komersil, Adenan secara berseloroh berkata, pada masa depan Sarawak pula berpeluang menjual barangan kulit buayanya ke negara China.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Projek Eco Marin Petronas-Sarawak Forestry; Datuk Bandar Miri, Adam Yii; Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Sarawak Forestry Wong Ting Chung.

Melalui pewartaan taman-taman negara marin ini, kita akan mempunyai undang-undang yang jelas mengenainy­a dan seterusnya tindakan penguatkua­saan yang lebih tegas. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

 ??  ?? TERTARIK: Adenan (dua kiri) bertanya sesuatu kepada artis pasir, Bernice Wong (kanan), sambil disaksikan oleh Jaul (kiri), Sidek (dua kanan), Adam (terlindung) dan Wong (tiga kiri).
TERTARIK: Adenan (dua kiri) bertanya sesuatu kepada artis pasir, Bernice Wong (kanan), sambil disaksikan oleh Jaul (kiri), Sidek (dua kanan), Adam (terlindung) dan Wong (tiga kiri).
 ??  ?? SIMBOLIK: Zulkafli (tiga kiri) ketika melabuhkan replika tukun tiruan ke dalam akuarium tanda majlis penutupan MyDOF disaksikan Belayong (kiri sekali) dan yang lain.
SIMBOLIK: Zulkafli (tiga kiri) ketika melabuhkan replika tukun tiruan ke dalam akuarium tanda majlis penutupan MyDOF disaksikan Belayong (kiri sekali) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia