Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang Megamall kekal reputasi pusat beli-belah kerap dikunjungi

-

MIRI: Kejayaan Kompleks Beli-Belah Bintang Megamall Miri mengekalka­n reputasi sebagai pusat belibelah yang kerap dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negeri selama 20 tahun bukan perkara mudah.

Pengerusi Eksekutif Miri Housing Group of Companies, Datuk Lau Siu Wai berkata rata-rata pelancong yang datang ke Miri menjadikan kompleks beli-belah itu sebagai lokasi pilihan.

“Kita melaksanak­an bahagian kita iaitu membangunk­an pusat beli- belah yang dikenali selama 20 tahun dan kejayaan mengekalka­n reputasi ini adalah hasil kerjasama dan komitmen semua pihak,” katanya pada Malam Oscar sempena Ulang Tahun Ke-20 Bintang Megamall Miri di sini malam kelmarin.

Lau memberitah­u, pihaknya melakukan yang terbaik menarik lebih ramai pelancong dari luar untuk datang ke Miri bukan sahaja sebagai destinasi pelanconga­n tetapi destinasi membeli-belah.

“Harapan kita pada masa akan datang kebanjiran pelancong dari dalam dan luar negara ke Miri semakin bertambah malah merancakka­n ekonomi,” jelasnya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumka­n Universiti Petroleum China Kampus Miri dijangka siap dibina dan mula beroperasi pada September 2017.

Katanya, berdasarka­n maklum balas diberikan universiti itu dari kampus induknya di China, Universiti Petroleum China Kampus Miri dijadualka­n memulakan operasinya pada September 2017 dengan 200 pelajar sebagai permulaan.

“Ia adalah universiti swasta pertama di rantau Asia Pasifik menawarkan bidang kejurutera­an minyak dan gas bermula daripada aspek penemuan minyak sehingga pengeluara­n.

“Ini bermaksud pelajar tidak perlu mengambil khusus serupa di universiti luar negara mendapat kemahiran bidang itu kerana ada ditawarkan di Miri,” katanya.

Sementara itu, pelbagai acara menarik diadakan termasuk simbolik memotong kek, persembaha­n nyanyian artis tempatan serta cabutan bertuah menawarkan hadiah lebih RM10,000.

 ??  ?? ULANG TAHUN: Lau (lapan kiri) bersama tetamu memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 Bintang Megamall Miri malam kelmarin.
ULANG TAHUN: Lau (lapan kiri) bersama tetamu memotong kek simbolik perasmian Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-20 Bintang Megamall Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia