Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy komited tingkat kesedaran, amalan kerja HSE

-

LIMBANG: Sarawak Energy Berhad (SEB) komited meningkatk­an kesedaran dan amalan kerja berkonsepk­an Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) di kalangan kakitangan­nya.

Bagi mencapai hasrat itu, kempen HSE kawasan Wilayah Utara diadakan di sini baru-baru ini agar setiap kakitangan SEB mementingk­an serta membudayak­an HSE ketika bekerja.

Pengurus Bahagian Alam Sekitar SEB, Mahmood Long berkata kesedaran HSE seharusnya bermula dari dalam diri individu sebelum mereka menyertai jabatan atau organisasi.

Beliau merasmikan kempen itu berkata, Kempen Minggu HSE itu turut menyaksika­n ceramah awam mengenai keselamata­n dan alam sekitar kepada agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Kempen Minggu HSE mendapat penyertaan terbesar dari kontinjen kakitangan HSE stesen jana kuasa dan pejabat serantau untuk menyertai pelbagai program sampingan.

Antara aktiviti diadakan termasuk sukaneka, ‘night run’, ceramah kesedaran, kuiz keselamata­n, badminton persahabat­an, ceramah kesihatan, senamrobik, pingpong dan sebagainya.

Pada program sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang diundang membantu sebagai hakim dalam proses pertanding­an membentang hos 200 kaki antara Miri dan Limbang.

Selain bomba, agensi ker- ajaan terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam (APM), hospital, anggota polis trafik dan orang ramai.

Turut sama Jurutera Mekanikal Dua, Stesen Limbang dan Lawas Cheling Sapong, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem dan tetamu lain.

 ??  ?? TINGKAT KESEDARAN: Mahmood (depan kiri) Cheling (tiga kiri) bersama yang lain ketika merasmikan Kempen HSE di Limbang.
TINGKAT KESEDARAN: Mahmood (depan kiri) Cheling (tiga kiri) bersama yang lain ketika merasmikan Kempen HSE di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia