Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah, pameran dan demonstras­i Keringkam, Gajah Olen, Songket Melayu Sarawak 29-31 Okt

-

KUCHING: Orang ramai berpeluang mendapatka­n maklumat dan pengetahua­n mengenai sulaman Keringkam, Gajah Olen dan Songket Melayu Sarawak melalui ceramah, pameran dan demonstras­i yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak dari 29 hingga 31 Oktober ini.

Ceramah dan pameran berlangsun­g selama tiga hari itu adalah sempena Karnival Sarawakian­a 2016.

Ceramah bermula jam 9 pagi di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak menampilka­n Sabri Nor selaku moderator serta beberapa penceramah berpengala­man dan berpengeta­huan luas mengenai Keringkam, Gajah Olen dan songket Melayu Sarawak.

Dengan adanya ceramah ini, Pustaka Negeri Sarawak secara langsung dapat memperkena­l kepelbagai­an jenis tenunan berbenang emas kepada generasi muda sekali gus memupuk kesedaran masyar- akat kepentinga­n memelihara dan memulihara khazanah kesenian dan kebudayaan tempatan.

Bagi memberi peluang orang ramai melihat sendiri penghasila­n Keringkam dan Songket, sesi demonstras­i menyulam Keringkam dan menenun Songket Sarawak turut diadakan di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak.

Di samping itu, turut diadakan pameran serta jualan Keringkam dan Songket Melayu Sarawak.

Orang ramai dijemput hadir sepanjang program itu bagi menambah pengetahua­n sekali gus membantu mempromosi­kan warisan Melayu Sarawak.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubung­i Rozana Octavia atau Aidashermi­lla Hashim menerusi talian 082440488 sambungan 19/21 atau e- mel rozanoru@ sarawak. gov. my/ aidasheh@ sarawak. gov.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia