Utusan Borneo (Sarawak)

‘Animazing Race’ anjuran SSPCA kembali diadakan pada 30 Oktober ini

-

KUCHING: Acara perlumbaan anjuran Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan Sarawak (SSPCA), ‘Animazing Race’ kembali diadakan pada 30 Oktober ini selepas terpaksa dibatalkan pada tahun lepas ekoran fenomena jerebu.

Presiden SSPCA Datin Dona Dury Wee berkata, acara dianjurkan buat kali keempat itu bertujuan mendekati pelbagai lapisan masyarakat di bandar raya ini dan mewujudkan kesedaran mendalam mengenai persatuan itu, aktiviti-aktiviti serta usaha- usaha meraih dana.

“Setiap tahun kita memilih tapak kaki haiwan berbeza sebagai reka bentuk pingat penamat perlumbaan dan untuk tahun ini, kita memilih tapak kaki beruang madu.

“Kita berharap dapat mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai beruang paling kecil di dunia, dan kita mempunyai spesies kecil itu yang hanya boleh dijumpai dalam hutan hujan Borneo,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dona berkata, pihaknya juga ingin menyampaik­an mesej kepada para peserta serta orang awam agar tidak mengambil kesempatan dengan mengambil gambar dengan beruang-beruang tersebut.

Menurutnya, terdapat individu tidak bertanggun­gjawab yang bertindak menangkap lalu menawan beruang-beruang tersebut sebelum memberi dadah agar ia bertenang ketika gambar diambil bersama.

Perkara yang sama turut berlaku ke atas anak harimau dan haiwan liar lain yang digunakan untuk bergambar dengan orang ramai, katanya lagi.

“Tolong jangan sokong peluang pengambila­n foto seperti itu kerana haiwan-haiwan itu tidak dilayan dengan berperikem­anusiaan, serta dihalang dari tingkah laku semula jadi,” katanya.

Dona berkata, bagi penganjura­n acara itu yang akan berlepas di di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK), pihaknya menyasarka­n penyertaan sekurang-kurangnya 800 orang.

SSPCA setakat ini menerima hampir 400 pendaftara­n dan sesiapa berminat boleh memuat turun borang dari www.animazingr­ace.com atau mengambil borang dari outlet Lea Sport Centre.

Borang penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya 25 Oktober ini dan tarikh kutipan pek perlumbaan adalah pada 27 serta 28 Oktober di Plaza Merdeka, dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Tahun ini, DBC Kuching akan menaja pelekat kinesiolog­i ‘airflex’ bagi pelari yang memerlukan sokongan lutut di mana pelari perlu membuat temu janji dengan menghubung­i 082-246322.

Ia perlu dibuat pada 28 dan 29 Oktober di premis mereka di Bangunan Stallion.

Acara perlumbaan itu bagi kategori 10 kilometer akan dimulakan pada jam 6 pagi manakala kategori lima kilometer dimulakan setengah jam kemudian, di mana ia dibahagika­n kepada Lelaki dan Wanita Terbuka, serta Lelaki dan Wanita Veteran.

Pada tahun ini, katanya, SSPCA turut mengambil keputusan untuk memasukkan acara berjalan ‘Wiggle Waggle Walk’ yang akan dimulakan pada jam 7.30 pagi sebagai memberi ruang kepada para peserta untuk berjalan dengan haiwan kesayangan atau sebagai penyejukka­n badan.

Selepas ‘ Wiggle Waggle Walk,’ Upacara Pemberkata­n Haiwan Peliharaan Antara Agama akan diadakan sebagai kesinambun­gan sambutan Hari Haiwan Sedunia yang dirai pada 4 Oktober lalu, katanya, sambil menambah ‘ Wiggle Waggle Walk’ terbuka kepada semua jenis haiwan peliharaan seperti kucing, anjing malah kurakura dan arnab.

“Kita mahu menjadikan ia sebagai aktiviti menyeronok­kan bagi keluarga. Seorang ahli dari setiap keluarga perlu mendaftar dan yuran minimum untuk ‘Wiggle Waggle Walk’ ialah RM50,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada semua penaja termasuk BCCK yang telah menyokong acara itu selama lima tahun berturuttu­rut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia