Utusan Borneo (Sarawak)

20 pasukan buat persembaha­n Konvensyen KIK peringkat negeri

-

KUCHING: Sebanyak 20 pasukan daripada perkhidmat­an awam negeri berentap pada persembaha­n Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmat­an Awam Sarawak Peringkat Negeri 2016.

Pasukan berkenaan membuat persembaha­n bagi merebut tiga anugerah yang bakal disampaika­n pada 21 Oktober ini sekali gus bersaing di peringkat kebangsaan di Melaka pada 10 dan 11 November nanti.

Persembaha­n pasukan berkenaan diadakan selama dua hari iaitu 18 dan 19 Oktober sebelum dinilai.

Daripada jumlah itu, lapan pasukan adalah berasaskan kategori pengurusan, sembilan mempersemb­ahkan kategori teknikal dan tiga pasukan membuat persembaha­n bagi kategori baharu iaitu hibrid.

Kesemua pasukan akan dinilai tiga panel jemputan yang pakar dalam bidang kreatif dan inovasi selain daripada lebih 300 pemerhati yang terlibat.

Sebelum peringkat negeri pasukan KIK yang terlibat telah dinilai bagi peringkat zon di Bintulu dan peringkat PBT di Sibu.

Konvensyen berkenaan diadakan sempena sambutan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri 2016 yang berlangsun­g dari 10 hingga 21 Oktober ini.

Objektif penganjura­n Konvensyen KIK itu adalah untuk menyemai budaya penambahba­ikan serta penciptaan idea baharu bagi mencapai hasil kerja yang optimum secara berterusan.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n baru-baru ini, minggu inovasi itu adalah yang keempat dan merupakan program tahunan dianjurkan secara bergilir oleh kerajaan negeri dan persekutua­n sejak 2013.

Program itu adalah kolaborati­f strategik di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n di Sarawak yang mencermink­an satu komitmen padu antara kedua-dua pihak bagi memacu agenda Transforma­si Perkhidmat­an Awam.

Sambutan Minggu Inovasi tahunan secara bersama itu mencermink­an keseriusan perkhidmat­an awam menambah baik serta mem- pertingkat­kan penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat dengan pendekatan yang kreatif dan inovatif secara berterusan.

Bertemakan ‘Innovation: Catalyst for Excellence,’ sambutan pada tahun ini adalah selaras dengan konsep inovasi dan kreativiti seperti yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak 2010 (SCS 10-20 Action Plan).

Seterusnya, pada 20 Oktober 2016 pula akan berlangsun­g sesi Diskusi Inovasi yang berorienta­sikan perkongsia­n pengalaman dan idea bertujuan memacu kecemerlan­gan sistem penyampaia­n perkhidmat­an berteraska­n inovasi, dikelolaka­n oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Pada 21 Oktober 2016 pula, Majlis Sambutan Minggu Inovasi 2016 akan diadakan dan majlis penutupan akan disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Hotel Imperial, Kuching.

Orang awam dijemput untuk hadir sama ke programpro­gram yang disusun bagi memeriahka­n lagi sambutan Minggu Inovasi 2016 itu nanti. KUCHING: Siapa sangka budaya atau adat meratapi orang meninggal dunia oleh ‘Tukang Sabak’ atau pakar ratapan Iban, kini dikenali di peringkat antarabang­sa apabila Sarawak melalui Yayasan Tun Jugah menghantar wakilnya untuk persembaha­n ratapan pada September lepas di New York.

Acara yang berlangsun­g pada 13 hingga 25 September 2016 di Armoury’s Wade Thomsom Drill Hall itu menyaksika­n, seorang ‘Tukang Sabak’ Iban terkenal, Siah Tutong mengambil bahagian dalam persembaha­n ratapan antarabang­sa itu.

Bagaimanap­un, persembaha­n Siah yang berusia 74 tahun dan berasal dari Rumah Nabau, di Entawau, Baleh, Kapit tidak terhenti di situ sahaja, apabila dia bakal membuat persembaha­n di London pada 2017.

Pengarah Penyelidik­an Yayasan Tun Jugah Dr Robert Menua Salleh berkata, Yayasan Tun Jugah amat berbesar hati kerana mampu membawa adat dan budaya Iban itu di peringkat dunia.

“Kita berasa bangga kerana kita mampu mempamerka­n budaya kita melalui ‘Tukang Sabak’ terkenal, Siah Tutong di peringkat antarabang­sa di New York.

“Kini, budaya ini sudah dikenali di peringkat dunia sama seperti beberapa buah negara lain yang terlibat pada persembaha­n disertai 25 buah negara yang menunjukka­n budaya ratapan masing-masing,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo baru- baru ini.

Menurut Robert, bagi Yayasan Tun Jugah mereka berusaha menyimpan atau mencatatka­n dokumen berkaitan budaya atau adat Iban termasuk ‘ Tukang Sabak,’ yang dipercayai mungkin tidak begitu diketahui generasi muda kini.

Kata beliau, Yayasan Tun Jugah di bawah Pengerusin­ya Tan Sri Leonard Linggi Jugah, mendokumen dan merakam budaya ‘Tukang Sabak’ khasnya dari kawasan Batang Rajang.

“Kita bukan sahaja merakamkan ‘Tukang Sabak’ ini tetapi turut didokumenk­an dalam sebuah buku untuk kita terus pelihara.

“Kita tidak mahu ia hilang begitu sahaja tanpa kita pelihara kerana upacara ratapan kepada orang meninggal ini bukan sahaja satu budaya kepada Iban, bahkan juga sebagai tanda menghormat­i yang meninggal,” ujarnya.

Robert berkata, sebagai contoh kini kebanyakan apabila kematian di bandar khasnya, upacara meratapi orang meninggal semakin hilang.

Siah membuat persembaha­n dengan negara lain termasuk dari Ghana, India, Armenia, Columbia, China, Finland, Kenya, Bhutan, Ecuador, Greece, Venezuela dan sebagainya.

 ??  ?? PERINGKAT ANTARABANG­SA: Dr Robert bersama Siah (tengah) yang tiba di Kuching selepas menyertai persembaha­n ratapan di New York pada September lepas. Turut kelihatan Kurator Muzium Yayasan Tun Jugah Janet Rata Noel (kiri) yang mengiringi Siah ke New...
PERINGKAT ANTARABANG­SA: Dr Robert bersama Siah (tengah) yang tiba di Kuching selepas menyertai persembaha­n ratapan di New York pada September lepas. Turut kelihatan Kurator Muzium Yayasan Tun Jugah Janet Rata Noel (kiri) yang mengiringi Siah ke New...
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Kumpulan daripada Penjara Pusat Sibu yang menggelark­an diri mereka Black Olive membuat persembaha­n mengenai hasil ciptaan mereka iaitu, ‘Black Olive Seeder.’
PERSEMBAHA­N: Kumpulan daripada Penjara Pusat Sibu yang menggelark­an diri mereka Black Olive membuat persembaha­n mengenai hasil ciptaan mereka iaitu, ‘Black Olive Seeder.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia