Utusan Borneo (Sarawak)

Labur lebih RM50j pulihara alam sekitar Sarawak

Inisiatif CSR Petronas laksana pelbagai program dan projek termasuk dengan kerjasama k’jaan negeri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sehingga semalam, syarikat minyak nasional negara, Petronas telah melabur lebih RM50 juta untuk pelbagai program dan projek dalam pemulihara­an alam sekitar di negeri ini di bawah tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) termasuk kerjasama dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan berkata daripada jumlah itu, RM35 juta dilaburkan untuk projek Taman Negara Tanah Bencah Kuching di bawah Projek Eco Bako dan Projek Perlindung­an Pesisiran Pantai Miri.

“Manakala sejumlah RM10 juta lagi telah dilaburkan oleh Petronas untuk projek biodiversi­ti, alam sekitar dan pemulihara­an atau lebih dikenali sebagai Projek BEACON di Taman Negara Similajau di Bintulu, manakala RM5 juta lagi untuk inisiatif pembanguna­n Taman Hutan Simpan Piasau (PNR) di Miri.

“Inisiatif-inisiatif lain yang aktif dijalankan oleh Petronas adalah seperti Program ‘Water for Life,’ Program Eco Camp dan Program 3R ABF yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Projek Eco Marin Petronas- Sarawak Forestry di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Manakala bagi Projek Eco Marin iaitu kerjasama Petronas dengan kerajaan negeri menerusi agensinya, Sarawak Forestry Corporatio­n ( Sarawak Forestry), Sidek berkata ia juga salah satu usaha pemulihara­an alam sekitar dan sumber marin di kawasan Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti (TNTKMS) yang bernilai RM8 juta dan sebahagian daripada peruntukan RM50 juta terbabit.

Sidek memberitah­u projek terbaharu ini, iaitu menanam bebola terumbu atau terumbu tiruan di perairan berkeluasa­n 12,200 hektar di TNTKMS, bagi tujuan melindungi terumbu karang dan hidupan marin, selain sebagai alat penggalak perikanan yang mampu menambah kualiti hasil tangkapan nelayannel­ayan.

Katanya, bebola terumbu yang digunakan dalam projek ini amat unik kerana ia menggunaka­n teknologi berpaten daripada Amerika Syarikat dan meniru permukaan terumbu karang sebenar dan mampu bertahan selama 500 tahun.

“Pada masa sama ia akan membantu menjana ekopelanco­ngan dan mempromosi­kan ekonomi secara berantaian untuk penduduk setempat termasuk memperbaik­i kehidupan masyarakat nelayan di Miri dan Sibuti,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Sidek percaya kerjasama erat di antara Petronas dan kerajaan negeri akan terus dipertingk­atkan lagi dalam usaha bersama ke arah melindungi dan memulihara khazanah alam sekitar negara ini.

“Lebih daripada itu, saya berdoa kerjasama erat dan ikhlas ini juga akan terus menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n modal insan dan seterusnya membangunk­an industri minyak dan gas tempatan yang mapan dan kompetitif,” katanya.

Sementara itu, perasmian majlis tersebut telah disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Projek Eco Marin Petronas-Sarawak Forestry; Datuk Bandar Miri, Adam Yii dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Forestry, Wong Ting Chung.

Inisiatif-inisiatif lain yang aktif dijalankan oleh Petronas adalah seperti Program ‘ Water for Life,’ Program Eco Camp dan Program 3R ABF yang bertujuan untuk memelihara alam sekitar. ” Tan Sri Sidek Hassan Pengerusi Petronas

 ??  ?? UNIK: Sidek (lima kiri) menunjukka­n koleksi tiga pasang topi pemandu F1 kepada Adenan, sebagai cenderamat­a kenangan untuk beliau daripada Petronas.
UNIK: Sidek (lima kiri) menunjukka­n koleksi tiga pasang topi pemandu F1 kepada Adenan, sebagai cenderamat­a kenangan untuk beliau daripada Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia