Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan PEKEMA Sarawak merudum kerana keadaan ekonomi tidak menentu

-

KUCHING: Hasil jualan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak merudum teruk berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa tahun ini.

Presidenny­a Datuk Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki berkata bisnes kenderaan ternyata semakin teruk tahun ini berbanding beberapa tahun lalu.

Menurutnya, jualan kenderaan di seluruh Malaysia tidak seperti kebiasaan, malah gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Biasanya kita berjaya menjual 30,000 unit kenderaan, tetapi tahun ini hanya 13,000 unit terjual.

“Malah jumlah itu tidak sampai separuh daripada jualan biasa,” katanya sambil menyifatka­n ia sebagai musim perniagaaa­n yang teruk.

Khalid mendedahka­n perkara itu ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan kebajikan di Pejabat PEKEMA Cawangan Sarawak, semalam.

Bercakap mengenai majlis tersebut, seramai 10 menerima bantuan kesihatan dan pendidikan daripada Yayasan PEKEMA menerusi program tanggungaw­ab sosial korporatny­a (CSR).

“Untuk hari ini (semalam), kita menyampaik­an bantuan kepada 10 orang dari Simunjan termasuk lapan pelajar yang akan melanjutka­n pengajian tinggi di universiti tempatan, manakala dua lagi merupakan penerima bantuan kesihatan.

“Bantuan yang kita beri tidak terhad bergantung kepada permohonan, untuk pendidikan di luar negeri, bantu- annya ialah RM2,000 manakala di Sarawak, RM1,500,” jelasnya.

Meskipun keadaan ekonomi tidak menentu, Khalid berkata ,pihaknya akan terus menjalanka­n program CSRnya dalam membantu golongan memerlukan.

Mengulas lanjut, katanya PEKEMA telah membelanja­kan sejumlah RM200,000 untuk tujuan CSR, dan jumlah itu tidak menentu kerana peruntukan dibuat berdasarka­n permohonan yang diterima.

 ??  ?? PRIHATIN: Abang Khalid bergambar bersama para penerima bantuan di Pejabat PEKEMA Sarawak, di Kuching semalam.
PRIHATIN: Abang Khalid bergambar bersama para penerima bantuan di Pejabat PEKEMA Sarawak, di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia