Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga dilepas tanpa dibebas dari tuduhan ugut pekerja dan khianat

-

GEORGE TOWN: Mahkamah Majistret di sini semalam melepas tanpa membebaska­n seorang peniaga Wan Rusli Zain, daripada dua pertuduhan, melakukan ugutan terhadap pekerja dan khianat terhadap restoran nasi kandar Deen Jelutong, di sini, Ogos lepas.

Majistret Catherine Nicholas membuat keputusan itu selepas mendapat arahan daripada Ketua Unit Pen- dakwaan.

Wan Rusli, 49, didakwa telah menakutkan pekerja restoran itu Abdul Alim

Habib Rahuman, 33, dengan ugutan dan menyebabka­n kebinasaan harta di restoran nasi kandar Deen Jelutong, pada jam 12.20 tengah malam, 26 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Rusli didakwa melakukan khianat iaitu sengaja mendatangk­an bencana ke atas mesin tunai dan cermin rak makanan di restoran itu menyebabka­n kerugian RM3,000 pada masa dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddi­n.

Wan Rusli yang memakai kemeja T dan berseluar jeans dengan keadaan tangan kanan yang masih berbalut kelihatan lega sebelum meninggalk­an mahkamah selepas keputusan dibacakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia