Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mabuk tendang pintu didenda RM500

-

KUALA LUMPUR: Garagara berang isteri tidak mahu membuka pintu untuk berbincang, seorang lelaki yang menendang pintu bilik ketika mabuk didenda RM500 atau 10 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kwek Eng Soon, 53, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menendang pintu bilik yang dihuni isterinya, Chuah Poe Moi, 44 dan anaknya sehingga pintu itu mengalami kerosakan berjumlah RM200.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 20, Jalan 1, Kampung Cheras Baru di sini pada jam 3.18 pagi, 16 Okt lalu dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, lelaki yang pulang ke rumah dalam

keadaan mabuk itu menendang pintu bilik di mana isteri dan anaknya sedang tidur namun mereka tidak membuka pintu kerana takut akan dipukul.

Lelaki itu terus bertindak menendang pintu hingga pecah dan serpihan dari pintu itu telah menyebabka­n kecederaan kepada mereka.

Berdasarka­n siasatan, lelaki itu mengaku menendang pintu bilik kerana tidak puas hati isterinya enggan membuka pintu untuk berbincang tentang masalah rumah tangga mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia