Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori didenda RM9,000

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori didenda RM9,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik di sini semalam bagi kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n seorang guru cedera parah.

Jupri Mansur, 31, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabka­n guru Faizah Khairuddin @ Mohd Khorudin, 37, cedera parah di Jalan Duta di sini pada 4.25 petang, 4 Feb tahun lepas.

Bapa satu anak itu didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan serta butirbutir sabitan diendorska­n pada lesen memandu.

Tertuduh tidak membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Insp Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia