Utusan Borneo (Sarawak)

PTRS anjur sambutan Hari Keluarga di Kampung Budaya 1M’sia 22 Oktober

-

SIBU: Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) akan menganjurk­an sambutan Hari Keluarga bertempat di Kampung Budaya 1Malaysia pada 22 Oktober ini, bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Pengerusi pengelola sambutan, Tuai Rumah (TR) Lidwina Mathew berkata, sambutan bertujuan merapatkan hubungan antara ahli- ahli PTRS, selain mengukuhka­n hubungan kekeluarga­an.

“Pelbagai aktiviti dan pertanding­an telah dirancang bagi memeriahka­n sambutan pada kali ini,” ujarnya sambil menambah sambutan dijangka dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.

Antara aktiviti tersebut ialah sukaneka untuk orang dewasa dan kanak-kanak, pertanding­an menyumpit, boling kelapa, dart, mengisi air ke dalam botol dan meniup belon. Yuran pertanding­an ialah RM5 untuk orang dewasa sahaja.

Selain itu, katanya, turut dianjurkan jamuan makan tengah hari, karaoke dan cabutan tiket bertuah.

Lidwina juga memberithu, bayaran bagi menyertai Hari Keluarga ini ialah RM10 untuk ahli PTRS, bukan ahli termasuk suami/isteri serta anak ahli PTRS (RM17) dan percuma bagi anak-anak ahli yang berusia 12 tahun ke bawah.

“Kita juga ada menjual baju-T dan topi PTRS dengan harga RM23 dan RM46 bagi bukan ahli,” jelasnya sambil menjemput semua ahli-ahli PTRS untuk sama-sama hadir memeriahka­n sambutan.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubung­i TR Lidwina menerusi talian 019- 5629843, TR Maling Banta ( 013- 5790948), TR Jimbun James (013-8011135) dan TR Mathew Maja (0111609170­0).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia