Utusan Borneo (Sarawak)

Pupuk minat dalam bidang teknikal, vokasional

Pendedahan awal mampu tingkat kesedaran pelajar perluas pemilihan kerjaya dalam perindustr­ian

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pendedahan awal bidang teknikal dan vokasional kepada golongan pelajar menengah rendah diyakini mampu meningkatk­an tahap kesedaran untuk meluaskan pemilihan kerjaya dalam sektor perindustr­ian.

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Kuching Sarawak ( PKS) Jemain Ental berkata, usaha memberi penekanan terhadap pengajian dan latihan bidang teknikal dan vokasional bertujuan memupuk minat pelajar khususnya lepasan tingkatan tiga.

“Dengan cara ini, kita beri pendedahan awal supaya mereka jatuh cinta dengan kerjaya dalam sektor perindustr­ian menerusi latihan teknikal dan vokasional.

“Oleh itu, mereka (pelajar) boleh memikirkan dan membuat pemilihan untuk mengikuti latihan teknikal dan vokasional atau sebaliknya,” ujarnya.

Jemain berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Program Kesedaran Perindustr­ian dan Latihan Ke-2 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata permintaan terhadap tenaga kerja mahir amat tinggi terutama selepas Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak ( SCORE) diwu- judkan.

Justeru, ujarnya, pelaksanaa­n program itu disifatkan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalak lebih ramai golongan muda menyertai latihan teknikal dan vokasional.

Menurut Jemain, penglibata­n pekerja dalam bidang ini diyakini mampu menampung permintaan tenaga kerja tempatan.

“Ia secara tidak langsung, sekali gus menyokong usaha kerajaan negeri dalam mem- buka peluang pekerjaan kepada golongan anak tempatan.

“Supaya kita tidak hanya bergantung kepada tenaga kerja asing, bukan kita tidak suka, tetapi kalau boleh kita mahu buka peluang kepada pekerja tempatan untuk terlibat dalam sektor perindustr­ian,” jelasnya.

Beliau berharap para peserta mengambil peluang daripada penganjura­n program tersebut untuk mengenali lebih mendalam tentang kepentinga­n dan kelebihan bidang teknikal dan vokasional terhadap proses pembanguna­n di Sarawak. Program dua hari pada 17 dan 18 Oktober itu turut disertai oleh 60 pelajar tingkatan tiga dari kawasan Sebuyau.

Para peserta dibawa melawat makmal dan bengkel di PKS sebagai pendedahan tentang lokasi latihan amali di samping diberi latihan secara teori.

Dengan cara ini, kita beri pendedahan awal supaya mereka jatuh cinta dengan kerjaya dalam sektor perindustr­ian menerusi latihan teknikal dan vokasional. Jemain Ental Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKS

 ??  ?? TARIK MINAT: Para peserta program diberi penerangan oleh salah seorang tenaga pengajar di Politeknik Kuching Sarawak tentang latihan dalam bidang kimpalan.
TARIK MINAT: Para peserta program diberi penerangan oleh salah seorang tenaga pengajar di Politeknik Kuching Sarawak tentang latihan dalam bidang kimpalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia