Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK digesa banteras penjualan pelekat pemantul cahaya palsu

-

KUANTAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) digesa bertindak segera dalam membantera­s penjualan pelekat pemantul cahaya kenderaan perdaganga­n tiruan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum Sim Chon Siang berkata, pelekat pemantul cahaya tiruan itu sukar untuk dibezakan daripada yang asli dan turut mempunyai pelekat SIRIM bagi menipu orang ramai.

“Orang ramai mungkin cenderung untuk membeli pelekat tiruan kerana harganya lebih murah iaitu sekitar RM80 hingga RM90 sepasang, berbanding pelekat asli yang dijual pada harga RM110 sepasang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sim menambah beliau menerima aduan daripada penjual pelekat asli yang mendakwa mereka sukar bersaing dengan penjual pelekat palsu, meskipun kerajaan telah mensyaratk­an hanya pelekat berstandar­d SIRIM dibenarkan dijual bermula 1 Jan depan.

Beliau menambah selain menipu pembeli, tindakan menjual pelekat tiruan juga dikhuatiri akan menjejaska­n peniaga yang berkemungk­inan tidak tahu bahawa pelekat di kedai mereka adalah tiruan.

“Peniaga yang menjual pelekat palsu boleh dikenakan tindakan jika KPDNKK memeriksa premis perniagaan. Jika peniaga sudah tahu pelekat itu tiruan, lebih baik ia dilupuskan atau dipulangka­n semula kepada pembekal.

“Tetapi bagaimana dengan peniaga yang tidak tahu? Ini akan menyukarka­n mereka pada masa hadapan selain menganiaya pengguna,” katanya dan menambah telah membuat aduan di pejabat KPDNKK di sini, semalam.

Pada 5 Okt lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Datuk Nadzri Siron mengumumka­n semua kenderaan perdaganga­n diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya yang mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 yang diiktiraf SIRIM Berhad berkuat kuasa pada 1 Jan 2017.

Tindakan itu bagi mengurangk­an risiko kema- langan pada waktu malam membabitka­n kenderaan perdaganga­n dan mereka diwajibkan memasang pelekat terbabit di belakang, kiri dan kanan kenderaan, dengan jarak penglihata­n sejauh 400 meter.

Nadzri menambah mereka yang gagal mematuhi arahan itu akan diberi amaran untuk berbuat demikian dalam tempoh 10 hari atau dihukum denda maksimum RM300. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIRUAN: Sim menunjukka­n perbanding­an pelekat pemantul cahaya kenderaan perdaganga­n tiruan (atas) dengan yang asli dipercayai dijual di pasaran daerah Kuantan, Pahang semalam.
— Gambar Bernama TIRUAN: Sim menunjukka­n perbanding­an pelekat pemantul cahaya kenderaan perdaganga­n tiruan (atas) dengan yang asli dipercayai dijual di pasaran daerah Kuantan, Pahang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia