Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak ada pilihan raya negeri sebelum PRU14

TPM nafi dakwaan pembangkan­g kononnya pilihan raya negeri bakal diadakan di Johor

-

KOTA TINGGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya negeri tidak akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pembangkan­g kononnya pilihan raya negeri bakal diadakan di Johor.

Katanya Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga telah menyatakan pendirian jelas kerajaan negeri bahawa ia akan menyelaras­kan pilihan rayanya dengan negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

“Di dalam hal ini, dari segi pentadbira­n, Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) juga tidak akan menggunaka­n peruntukan di luar jangkaan ( untuk mengadakan pilihan raya negeri),” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Hab Kemahiran Johor di Kolej

Di dalam hal ini, dari segi pentadbira­n, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) juga tidak akan menggunaka­n peruntukan di luar jangkaan (untuk mengadakan pilihan raya negeri). Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Yayasan Pelajaran Johor di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata penjelasan Mohamed Khaled menunjukka­n objektif kerajaan negeri Johor adalah selaras dengan kerajaan persekutua­n.

Beliau mengulas kenyataan DAP Johor bahawa ia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri, walaupun Mohd Khaled telah menyangkal dakwaan pilihan raya negeri akan diadakan di Johor.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO berkata BN tidak meminggirk­an mana-mana kawasan yang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak diwakiliny­a.

“Namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri BN dan kerajaan persekutua­n haruslah dinilai dengan sebaik-baiknya oleh pengundi di kawasan itu khususnya pengundi kali pertama,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya rakyat boleh melihat bahawa tiada pembanguna­n dilaksanak­an di ka- wasan-kawasan yang diwakili Ahli Parlimen atau ADUN pembangkan­g. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Ahmad Zahid (dua kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif Skill Johor Omar Shariff Mydeen (tiga kanan) ketika melihat replika projek Skill Johor dalam bandar akademi selepas merasmikan Pembanguna­n Hab Kemahiran Johor , Bandar...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Ahmad Zahid (dua kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif Skill Johor Omar Shariff Mydeen (tiga kanan) ketika melihat replika projek Skill Johor dalam bandar akademi selepas merasmikan Pembanguna­n Hab Kemahiran Johor , Bandar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia