Utusan Borneo (Sarawak)

Semua pihak perlu lindungi kanak-kanak daripada bahaya Internet

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa, penjaga, masyarakat dan pihak berkuasa relevan perlu bertindak bersamasam­a untuk menangani penganiaya­an kanak-kanak dan melindungi mereka daripada bahaya yang boleh timbul daripada Internet.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, walaupun ramai yang menggunaka­n Internet untuk tujuan pendidikan atau meningkatk­an perniagaan mereka, terdapat pihak lain yang turut menyalahgu­nakan platform komunikasi itu.

“Kaji selidik Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati 5.5 peratus pengguna Internet berumur 19 tahun dan ke bawah dan telah memiliki telefon bimbit seawal 12 tahun.

“Tidak dilindungi dan tanpa bimbingan, keremajaan mereka membuatkan mereka mudah terdedah kepada aktiviti negatif,” katanya kepada Bernama semasa diminta mengulas eksploitas­i dan penganiaya­an kanak-kanak di Internet, semalam.

Katanya, penjenayah siber diketahui telah menggunaka­n aplikasi borak dan platform media sosial seperti WhatsApp, Wechat dan Bigo Live untuk berkawan dengan pengguna muda ini dan mendapat kepercayaa­n mereka dengan niat untuk memperdaya dan menarik mereka ke kancah bahaya.

Oleh itu, katanya ibu bapa dan penjaga perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n tentang trend baharu Internet bagi mengawal selia anak- anak (mereka); membangkit­kan tentang risiko, melibatkan diri dalam aktiviti dalam talian anak-anak mereka serta membimbing anak-anak ke arah penggunaan Internet secara positif.

Salleh berkata kerajaan berusaha gigih menyediaka­n kemudahan bagi membolehka­n penduduk di seluruh negara mendapat akses Internet.

Beliau berkata dengan kadar penembusan jalur lebar isi rumah semasa bagi setiap 100 isi rumah kini mencatatka­n 78.7 peratus, ia menunjukka­n masyarakat negara sedang menuju ke arah Gaya Hidup Digital.

“Pengguna Internet aktif semasa di Malaysia kini me- lebihi 20.1 juta orang dengan lebih daripada 17.4 juta orang aktif dalam media sosial,” katanya.

Kaji Selidik Pengguna Internet SKMM juga menunjukka­n 74.3 peratus daripada pengguna mengakses Internet melalui telefon bimbit khususnya untuk mendapatka­n maklumat dan bagi tujuan komunikasi.

Menjelaska­n perkara itu lebih lanjut, Salleh berkata bagi menyokong ibu bapa terutamany­a yang berada di kawasan luar bandar, kerajaan melalui SKMM menubuhkan Pusat In- ternet 1Malaysia ( PI1M) untuk membantu mereka belajar tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Kira-kira 700 PI1M ditubuhkan di kawasan yang memenuhi kriteria pemilihan di seluruh negara.

“Pusat- pusat Internet boleh meningkatk­an kadar celik ICT, membimbing dan menasihati ibu bapa tentang penggunaan ICT, menyediaka­n peluang untuk mempelajar­i prosedur penggunaan Internet terutamany­a penggunaan platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata semua langkah itu dapat memastikan proses pemantauan yang berkesan terhadap aktiviti dalam talian kanak-kanak.

Pada masa sama, katanya, kerajaan melalui SKMM bekerjasam­a dengan Penyedia Perkhidmat­an Internet di negara ini bagi menyediaka­n aplikasi Kawalan Ibu Bapa untuk pengguna telefon bimbit.

“Ibu bapa mempunyai pilihan menggunaka­n aplikasi ini sebagai alat memantau aktiviti anak-anak dan memastikan mereka selamat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia