Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pandang serius isu salah guna kelayakan akademik

-

NILAI: Kerajaan memandang serius isu penyalahgu­naan kelayakan akademik dan akan mengeluark­an garis panduan mengenainy­a yang kini dalam proses perbincang­an.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata garis panduan berkenaan bukan sahaja untuk pengajian profesiona­l seperti doktor falsafah, tetapi juga akan merangkumi ijazah dan sarjana.

“Pihak kementeria­n baru mesyuarat semalam ( kelmarin), beri kami sedikit masa, saya cakap bagi kami sebulan, kami akan keluarkan garis panduan.

“Kita akan lihat keseluruha­nnya dan akan lihat cara mana yang berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Sejagat Arab-Asian (AAGHES) 2016, di sini semalam.

Idris berkata pihak kementeria­n sedang berbincang dengan Majlis Professor Negara dan pihak universiti bagi mencari cara yang terbaik menangani isu ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Universiti-universiti Arab (AArU), Sultan Abu Orabi berkata wakil-wakil daripada universiti-universiti di Arab datang ke Malaysia untuk berbincang mengenai kerjasama akademik antara mereka dengan universiti-universiti di negara ini.

“Kami datang ke sini untuk belajar daripada anda dan untuk bertukar pengetahua­n dan mengadakan kerjasama yang lebih dalam akreditasi, jaminan kualiti dan pergerakan pelajar daripada kedua-dua pihak.

“Kami berharap lebih banyak lagi pertukaran anggota fakulti dan staf untuk keduadua pihak,” katanya.

Seminar tiga hari yang bermula semalam menyaksika­n penyertaan seramai 60 presiden, naib canselor dan pengurusan kanan universiti dari negara Asia dan Arab. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CENDERAHAT­I: Idris menerima cenderahat­i daripada Sultan Abu Orabi sempena majlis perasmian ‘Arab-Asian Global Higher Education Summit (AAGHES)’ 2016 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.
— Gambar Bernama CENDERAHAT­I: Idris menerima cenderahat­i daripada Sultan Abu Orabi sempena majlis perasmian ‘Arab-Asian Global Higher Education Summit (AAGHES)’ 2016 yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia