Utusan Borneo (Sarawak)

Profesor Kanan UIM, Ketua Wanita BN Sarawak terima darjah kebesaran PSM

-

KUALA LUMPUR: Profesor Kanan Universiti Islam Malaysia (UIM) Tan Sri Prof Dr Abdul Latif Abu Bakar dan Ketua Wanita Barisan Nasional Sarawak Tan Sri Empiang Jabu semalam mendahului senarai 261 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutua­n 2016 pada istiadat di Istana Negara.

Kedua-dua mereka menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Istiadat pengurniaa­n darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutua­n 2016 itu bersempena hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang disambut pada 4 Jun lepas.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaa­n itu yang berlangsun­g kira-kira dua jam.

Pada istiadat itu, Tuanku Abdul Halim turut mengurniak­an Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada lima penerima termasuk Pengarah Bahagian Ekonomi merangkap Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.

Penerima PJN lain ialah Presiden Institut Pengurusan Tanaman Antarabang­sa Datuk Daud Amatzin dan Pakar Perunding Kanan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Wanita dan KanakKanak Sabah Datuk Dr Soon Ruey, Presiden dan Pengarah P.T Pinang Witmas Sejati Datuk Mohd Osman Mohd Jailu dan Pengarah Urusan Hock Peng Organisati­on Datuk Dr Toh Chiew Peng.

Sementara itu, empat individu dikurniaka­n Johan Mangku Negara ( JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (sembilan orang), Kesatria Mangku Negara (KMN) (49 orang) dan Kesatria Setia DiRaja (KSD) (seorang).

Seramai 77 orang dikurniaka­n Ahli Mangku Negara (AMN), 108 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) manakala empat orang dikurniaka­n Bentara Setia DiRaja (BSD). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKURNIA: Tuanku Abdul Halim berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tan Sri ‘kepada Tan Sri Empiang pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama DIKURNIA: Tuanku Abdul Halim berkenan mengurniak­an Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tan Sri ‘kepada Tan Sri Empiang pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran dan Pingat Persekutua­n di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia