Utusan Borneo (Sarawak)

Air pasang besar: Pendapatan peniaga di Port Dickson berkuranga­n

-

PORT DICKSON: Beberapa peniaga di pusat peranginan Port Dickson mengakui pendapatan mereka sedikit merosot akibat fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di kawasan itu sejak empat hari lepas.

Malah, terdapat juga antara peniaga yang langsung tidak dapat menjana pendapatan akibat fenomena itu.

Pengusaha Bot Banana, Affendy Abu Samah, 36, berkata sejak diramalkan berlaku air pasang besar di empat kawasan di Port Dickson, beliau langsung tidak memperoleh­i pendapatan berbanding sebelum ini iaitu putara RM450 sehari.

Beliau yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) berkata ini kerana terdapat pengunjung yang bimbang dengan tahap keselamata­n mereka selain dinasihatk­an supaya mengehadka­n aktiviti air sepa- njang fenomena itu berlaku.

“Aktiviti pantai tetap diteruskan seperti biasa dan tiada apa-apa masalah yang berlaku setakat ini... keadaan cuaca juga baik pada hari ini (semalam). Memang daripada awal berlaku fenomena itu sampai sekarang pengunjung tidak ramai,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Empat kawasan berkenaan yang diramal mengalami air pasang besar adalah Pantai Teluk Kemang di Batu 8; Pantai Bagan Pinang, Batu 3; Pantai Saujana, Batu 4 serta Pantai Tanjung Biru atau Blue Lagoon di Batu 10.

Selain Affendy, turut terjejas ialah pengusaha kedai makan Zulreyawat­i Zainal, 38, yang menjelaska­n bahawa perniagaan­nya kini mengalami kemerosota­n akibat fenomena itu.

“Apa yang hendak dika- takan... mungkin tak ada rezeki. Pendapatan saya dulu agak lumayan khususnya pada hari minggu namun dengan fenomena ini, pendapatan saya sedikit merosot sekitar RM500 sehari,” katanya yang juga Naib Presiden Persatuan Peniaga Teluk Kemang.

Manakala Shariman Abdullah Sani, 22, berkata perniagaan cenderahat­i miliknya tidak mengalami masalah ekoran fenomena itu.

“Alhamdulil­lah, setakat ini tidak terjejas... pendapatan saya sama sahaja seperti sebelum ini iaitu sekitar RM200 sehari,” katanya.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson dalam kenyataan hari ini berkata keadaan di keempat-empat kawasan itu terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia