Utusan Borneo (Sarawak)

United dedah kekurangan The Reds: Mourinho

The Red Devils ikat skuad bimbingan Klopp tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa bahawa pasukannya telah mendedahka­n kekurangan Liverpool selepas mengikat skuad bimbingan Jurgen Klopp tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Liverpool memulakan perlawanan di Anfield dengan memburu kemenangan keenam berturut-turut dalam semua pertanding­an dan juga mahu berkongsi mata dengan dua pendahulu liga, Manchester City dan Arsenal.

Tetapi United mengekang asakan mereka dengan penjaga golnya, David de Gea tidak begitu diuji selain aksi tangkas menepis cubaan Emre Can dan Philippe Coutinho dalam separuh masa kedua.

“Penjaga gol kami ( De Gea) kelihatan sedang bercuti selama 90 minit tetapi beliau ada beraksi tangkas menepis dua percubaan,” kata Mourinho, dengan skuadnya kekal di tangga ketujuh liga.

“Apabila kami memperoleh­i bola, saya menjangkak­an pasukan lebih berbahaya walaupun kami mempunyai dua peluang terbaik tetapi Liverpool juga tidak mempunyai banyak peluang.

“Mereka tidak seperti apa yang digambarka­n oleh media ( akan menang) tetapi mereka adalah pasukan

Penjaga gol kami (De Gea) kelihatan sedang bercuti selama 90 minit tetapi beliau ada beraksi tangkas menepis dua percubaan. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

yang sangat bagus, jadi kami menyesuaik­an permainan dengan baik sekali.”

Statistik Rasmi Liga Perdana, Opta, berkata United hanya mempunyai 35 peratus penguasaan bola – jumlah paling rendah untuk satu perlawanan liga sejak statistik sesuatu perlawanan diperkenal­kan pada musim 2003/2004.

Tetapi Mourinho kembali ke bilik sidang media selepas perlawanan dengan memberitah­u statistik beliau sendiri.

“Pemain saya menguasai 42 peratus bola,” kata beliau.

“Saya fikir gila. Kami melaku- ia kannya dengan sendiri dengan pemain yang lebih baik berbanding mereka.”

Beliau sebelum ini menolak kepentinga­n statistik dengan menjelaska­n bahawa United per - nahmenang

1-0 di Anfield ketika di bawah kendalian Louis van Gaal musim l e p a s walaupun permainan dikuasai sepenuhnya oleh L i v e r - pool. “Musim lepas kami menang di sini, Liverpool mempunyai 14 cubaan ke pintu gol dan United hanya m e m - p u n y a i satu peluang,” kata be- liau.

“Berapa banyak cubaan ke sasaran yang dilakukan oleh Liverpool hari ini? Dua, dua cubaan dengan 65 peratus penguasaan bola.

“Anda harus mengkritik Liverpool, ia masalah mereka bukan masalah saya.”

United berjaya mengekang asakan Liverpool dengan pemain sayap seperti Marcus Rashford dan Ashley Young lebih membantu di bahagian tengah untuk kadang-kadang membentuk enam pemain pertahanan.

United mempunyai satu peluang terbaik pada awal separuh masa kedua apabila Paul Pogba, yang bermain sebagai sokongan serangan, mengumpan bola kepada penyerang Zlatan Ibrahimovi­c tetapi penyerang veteran itu gagal melakukan tandukan kemas.

Liverpool meningkatk­an permainan dengan kemasukan Adam Lallana pada minit ke-59, di antara ketangkasa­n De Gea menepis cubaan Can dan Coutinho.

“Kami hilang sabar terlalu awal dan hantaran kami juga tidak bagus,” kata Klopp, di mana pasukannya kini kurang dua mata di belakang pendahulu liga, City.

“Kami mempunyai 65 peratus penguasaan bola tetapi kami harus melakukan yang lebih baik. Saya tidak menjangkak­an akan mempunyai 10 hingga 15 peluang. Separuh masa kedua kami mempunyai peluang tetapi De Gea beraksi cemerlang.

“Mereka mempunyai peluang terbaik dengan Ibrahimovi­c. Berita terbaik malam ini ialah kami mengutip satu lagi mata dan tidak bolos.

“Kami boleh melakukan yang lebih baik lagi, kami harus tidak gelabah. Kami mempunyai sikap yang baik dan sudah mencuba segalagala­nya tetapi hanya penyudah kami tidak sempurna.”

Klopp menolak cadangan di mana pemainnya terjejas dengan gelaran pasukan pilihan menang sebelum perlawanan.

“Mungkin ia sangat penting untuk orang lain tetapi bagi kami, ia tidak penting,” kata beliau.

“Kami bukan pasukan pilihan. Malam ini, tiada siapa memikirkan keputusan ini.

“Anda boleh melihat Man United lebih kuat dari segi fizikal. Kami tidak dapat mengubah pemikiran ini, itu masalahnya.

“Apabila anda memiliki bola, anda harus bertenang dan itulah yang gagal kami lakukan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? ENGGAN MENGALAH: Mourinho memberikan kata-kata semangat kepada pemainnya ketika menyaksika­n pasukannya beraksi menentang Liverpool di Anfield, Liverpool awal pagi semalam. TERSASAR: Coutinho (tengah) melepaskan rembatan ke arah pintu gol United pada...
— Gambar Reuters — Gambar Reuters ENGGAN MENGALAH: Mourinho memberikan kata-kata semangat kepada pemainnya ketika menyaksika­n pasukannya beraksi menentang Liverpool di Anfield, Liverpool awal pagi semalam. TERSASAR: Coutinho (tengah) melepaskan rembatan ke arah pintu gol United pada...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia