Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli bakal melakar rekod bersejarah Liga Juara-Juara

-

MILAN, Itali: Napoli boleh menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga JuaraJuara yang mengesahka­n tempat ke pusingan kedua selepas hanya tiga perlawanan hari ini, dengan syarat mereka melupakan segala masalah sejak beberapa minggu yang lalu.

Kemenangan ke atas Besiktas di tempat sendiri, selain keputusan seri perlawanan lain dalam Kumpulan B di antara Dynamo Kiev dan Benfica, akan menjamin tempat mereka ke pusingan kedua kejohanan buat kali kedua.

Perlawanan itu juga akan menyaksika­n pemain tengah Besiktas, Gokhan Inler, kembali ke kelab di mana beliau menghabisk­an empat tahun kerjayanya. Bekas kapten Switzerlan­d itu ada berjanji untuk tidak meraikan gol sekiranya menjaringk­an gol.

Napoli, belum tewas dalam 18 perlawanan terakhir di Eropah, mengumpul enam mata dari dua perlawanan pertama walaupun kemenangan 4-2 ke atas Benfica tiga minggu yang lalu di mana mereka menjaringk­an empat gol dalam tempoh kurang dari sejam, kelihatan berbeza dari ketika ini.

Skuad bimbingan Maurizio Sarri itu tewas dua perlawanan Serie A sejak kemenangan ke atas Benfica, menyebabka­n mereka tercicir ke tangga keempat liga dan ketinggala­n tujuh mata di belakang pendahulu liga, Juventus.

Mereka sudah kehilangan penyerang Arkadiusz Milik kerana kecederaan jangka panjang dan tidak mempunyai pengganti berkaliber.

Manolo Gabbiadini diberikan tugas ketika menentang AS Roma Sabtu lepas tetapi pemain berusia 25 tahun itu gagal memberi sebarang impak dan dicemuh penyokong apabila dikeluarka­n pada minit ke-57 ketika pasukannya tewas 1-3.

Pilihan lain ialah pemain antarabang­sa Belgium, Dries Mertens, yang menggantik­an tempat Gabbiadini Sabtu lepas untuk bermain di posisi penyerang tengah.

“Dries bermain dengan baik, ia satu posisi yang beliau boleh laksanakan tetapi beliau bukan pemain sebenar di posisi ini,” kata Sarri.

Napoli beraksi cemerlang pada awal musim tetapi pujian itu sudah hilang seperti juga ketumpulan jentera serangan mereka dengan Sarri turut dikritik kerana gagal menjaga kecergasan pemain.

Malah pemainnya turut melakukan sesi panas badan pada sebelah petang yang panas sebelum menentang Roma, menyebabka­n kritikan di mana beliau tidak memberikan pemain muda peluang untuk beraksi dan ini menyebabka­n pemain utama mudah mengalami kecederaan kerana terlalu kerap bermain. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia