Utusan Borneo (Sarawak)

Ranieri yakin The Foxes akan kembali menyerlah

-

LEICESTER, England: Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri berasa tidak risau dengan prestasi hambar pasukannya dalam Liga Perdana Inggeris dan berasa yakin mereka akan menemui semula rentak kemenangan, kata beliau Isnin lepas.

Leicester hanya menang dua kali dari lapan perlawanan liga dan tewas teruk 0-3 kepada Chelsea Sabtu lepas, menyebabka­n mereka kini dua mata di atas zon penyingkir­an.

Tetapi mereka sudah menang dua perlawanan Liga Juara-Juara dalam Kumpulan G, menjelang perlawanan menentang FC Copenhagen minggu ini dan Ranieri berkata beliau mempunyai sepenuh kepercayaa­n kepada pasukan.

“Kadang- kadang anda boleh bermain dengan baik dan kadang-kadang tidak,” kata jurulatih berusia 64 tahun itu.

“Seperti di Manchester United ( di mana Leicester tewas 1- 4), separuh masa pertama di Chelsea tidak bagus tetapi dalam separuh masa kedua, kami bermain dengan baik. Saya berasa yakin dengan pasukan saya.

“Mereka bersaing dan musim lepas kami lebih kuat tetapi sekarang semua orang kenal dengan kami.

“Sekarang kami berada dalam keseimbang­an, di bahagian tengah dan tidak sebagus musim lepas tetapi ia normal untuk sebuah pasukan seperti Leicester.”

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel bersetuju dengan Ranieri di mana ia bukan masa untuk berasa panik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia