Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Swinburne pertahan kejuaraan

Mengumpul sebanyak 102 mata sekali gus menjuarai MASISWA 2016 Zon Sarawak

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Swinburne University of Technology, Sarawak Campus berjaya mempertaha­nkan gelaran juara pada Kejohanan Majlis Sukan IPTS Malaysia ( MASISWA) 2016 Zon Sarawak selepas mengumpul sebanyak 102 mata.

Sementara itu, naib juara dimenangi Institusi Teknologi Nusantara (NITT) dan diikuti oleh University College Technology Sarawak (UCTS) di tempat ketiga.

Kontinjen lain turut bertanding wakil tuan rumah Internatio­nal College of Advanced Technology Sarawak (i-CATS), SATT College, UNITAR Sarawak Campus, Curtin University, Sunway College, Lim Kok Wing University of Creative Technology Sarawak, Technology College Sarawak (TCS), SEGI College, UCSI, i- SYSTEMS, Asia Met- ropolitan College Kuching, Cosmopoint College Kuching dan Executive College.

Majlis penutupan kejohanan MASISWA 2016 Zon Sarawak berlangsun­g dengan meriah disempurna­kan oleh Pengerusi MASISWA, Prof Datuk Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha di Kolej i-CATS.

Menurut beliau, penganjura­n MASISWA Zon Sarawak merupakan pencarian bakat- bakat sukan kalangan pelajar IPTS di negeri ini.

Malah, ia bertujuan memberi pendedahan dan peluang untuk mewakili peringkat nasional sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Katanya, MASISWA mempunyai potensi besar menyumbang kepada pembanguna­n atlet- atlet negara kerana mempunyai jumlah pelajar ramai dan IPT lebih banyak berbanding majlis sukan lain.

Sebanyak 16 kontinjen terlibat pada kejohanan tersebut membabitka­n seramai 694 atlet bertanding dalam sembilan cara sukan berlangsun­g dari 13 sehingga 16 Oktober lalu.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak 261 pingat dipertandi­ngkan untuk acara futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, tenpin boling, catur, bola keranjang dan pingpong serta ‘ Mountain Bike’ yang julung kali diperkenal­kan tahun ini.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Kamal (tiga kiri) menyampaik­an piala kejuaraan kepada wakil Swinburne University, Wong Kien Kuon selaku ketua kontinjen.
TAHNIAH: Dr Kamal (tiga kiri) menyampaik­an piala kejuaraan kepada wakil Swinburne University, Wong Kien Kuon selaku ketua kontinjen.
 ??  ?? TAMAT: Pasukan Kobos (duduk) bersama Bekakap Borneo selepas majlis penyampaia­n hadiah.
TAMAT: Pasukan Kobos (duduk) bersama Bekakap Borneo selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia