Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand, Australia mungkin beraksi tanpa penonton

-

BANGKOK, Thailand: Persatuan Bola Sepak Thailand ( FAT) ada berkata ia mungkin menganjurk­an perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 tanpa penonton ketika negara itu masih meratapi kemangkata­n Raja Bhumibol Adulyadej dengan semua bentuk hiburan dielakkan.

Venue untuk perlawanan pada 15 November menentang Australia menjadi tanda tanya selepas Raja Thailand, monarki paling lama di dunia, mangkat Khamis minggu lepas, menyebabka­n ne- gara itu dalam tempoh berkabung.

Puluhan acara sukan, selain konsert dan festival lain telah dibatalkan dengan orang ramai digesa untuk mengelak sebarang sambutan melampau sepanjang tempoh perkabunga­n awal 30 hari.

Minggu lepas, Thailand bertanya kepada Australia sekiranya perlawanan itu dapat ditangguhk­an atau dilangsung­kan di gelanggang berkecuali tetapi Sydney menolak permohonan itu, menurut Presiden FAT, Somyot Poompan- moung.

“Jadi kami harus mengadakan perlawanan di Bangkok, yang merupakan selepas 30 hari perkabunga­n dan kami akan mengambil langkah sekiranya membenarka­n penonton atau tidak,” kata beliau.

Jika penonton dibenarkan hadir, mereka dihadkan untuk bersorak terlalu kuat atau perlu memakai pakaian serba hitam seperti yang dilakukan oleh kebanyakka­n penduduk sejak kematian Raja mereka, menurut beberapa laporan media. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia