Utusan Borneo (Sarawak)

LBR 2016: Miri perlu menang menentang Bintulu FC

-

MIRI: Pasukan bola sepak Miri perlu memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri menentang Bintulu FC pada 23 Oktober ini sekiranya terus memberi saingan pada kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR).

Ketua Jurulatih Miri, Abu Bakar Amran berkata pada perlawanan pertama di tempat lawan menentang Mukah pada 1 Oktober lalu berkesudah­an dengan seri tanpa sebarang jaringan.

“Kita melahirkan keyakinan menang pada perlawanan pertama di tempat sendiri menentang Bintulu Ahad ini dan kita telah memperbaik­i beberapa kelemahan terutama di bahagian serangan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Mukah, Abu Bakar berkata semua pemain menunjukka­n prestasi yang baik namun kegagalan di bahagian serangan masih perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.

“Kita mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol pada perlawanan itu namun saya akui pemain- pemain kita masih belum menemui rentak untuk menghasilk­an jaringan meskipun peluang terhidang di depan mata,” jelasnya.

Bagaimanap­un, pasukan Miri segera memperbaik­i bahagian serangan dengan menjalani latihan setiap hari sebagai persiapan menghadapi perlawanan kedua menentang Bintulu.

Perlawanan itu berlangsun­g di Padang Kelab Rekreasi dan Petroleum Miri bermula jam 4 petang dan orang ramai dijemput datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah.

Miri berada dalam Kumpulan B bersama-sama Bintulu, Limbang dan Mukah, sementara Kumpulan A menyaksika­n juara bertahan Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman manakala Kumpulan C pula Betong, Sibu, Kapit dan Sarikei.

Untuk rekod, pasukan Miri telah menjejak kaki ke peringkat suku akhir LBR pada musim lalu dan kali ini pasukan itu menyasarka­n akan melepasi peringkat suku akhir seterusnya ke separuh akhir.

 ??  ?? AWANG MAHYAN
AWANG MAHYAN
 ??  ?? BERSEDIA: Anthony Kong ( jawatankua­sa penganjur) menjelaska­n acara kejohanan kepada Datuk Khir Busrah sambil diperhatik­an oleh Pengarah MSN Sarawak Dr Ong Kong Swee serta ahli-ahli jawatankua­sa lain.
BERSEDIA: Anthony Kong ( jawatankua­sa penganjur) menjelaska­n acara kejohanan kepada Datuk Khir Busrah sambil diperhatik­an oleh Pengarah MSN Sarawak Dr Ong Kong Swee serta ahli-ahli jawatankua­sa lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia