Utusan Borneo (Sarawak)

SABA mahu petinju Sarawak mewakili negara harus pernah sertai SUKMA

-

KUCHING: Persatuan Tinju Sarawak ( SABA) bertegas dengan pendiriann­ya bahawa mana-mana petinju Sarawak yang mahu mewakili Malaysia pada Sukan SEA mesti mewakili negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA).

Presidenny­a, Datuk Rahman Lariwoo membuat kenyataan itu kepada Utusan Borneo semalam melalui aplikasi ‘Whatsapp’ sebagai tindak balas kepada artikel yang disiarkan sebelum ini berhubung petinju, Stephen Onn Jenggieng, 27, yang mahu SABA menjelaska­n statusnya dengan persatuan tersebut.

“Stephen tidak pernah mewakili Sarawak pada SUKMA. Untuk berada dalam pasukan Malaysia (Sukan SEA) beliau perlu mewakili Sarawak pada SUKMA. Tidak ada jalan pintas. Kita mahu atlet yang berdisipli­n.

“Persatuan tidak berniat menghentik­an sesiapa daripada menjadi seorang petinju tetapi dalam kes Stephen, beliau telah mengkritik SABA menerusi ‘Facebook’ sedangkan beliau tidak pernah menjadi ahli SABA.

“Selepas mesyuarat jawatankua­sa disiplin, kami mengambil keputusan untuk menggantun­g beliau daripada bertanding dalam mana-mana kejohanan tinju di Malaysia sehingga diberitahu,” kata Rahman.

Beliau menegaskan bahawa kemenangan pada Kejohanan Golden Gloves tahun lalu bukan tiket untuk mewakili Malaysia pada Sukan SEA 2017 nanti.

“Kami memilih atlet bermula dari usia 15 tahun diserapkan menyertai SUKMA dan pasukan remaja kebangsaan (Pelapis Malaysia). Dari sana, mereka diserapkan dalam pasukan senior dan kemudian mesti melalui jawatankua­sa pemilihan Persatuan Tinju Malaysia (PTM) atau Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kami mengalu-alukan petinju muda dan berbakat tetapi mereka mesti melalui saluran yang betul untuk dipilih ke dalam pasukan Malaysia. Banyak kriteria mesti dipenuhi dan negeri-negeri lain di Malaysia tidak boleh hanya membawa petinju baharu berada dalam pasukan Malaysia.

“Semua petinju Malaysia untuk Sukan SEA 2017 melalui Kejohanan Peringkat Remaja (15 tahun) bertanding pada SUKMA sebelum mereka dipilih mewakili Malaysia menerusi panel pemilih,” jelasnya.

Ditanya tindakan disiplin diambil terhadap individu bukan ahli SABA tetapi mewakili negeri lain, Rahman menegaskan apa-apa isu melibatkan tatatertib perlu diselesaik­an terlebih dahulu sebelum individu berkenaan layak bertanding pada kejohanan tinju di Malaysia.

“Dia boleh pergi manamana sahaja untuk bertanding tetapi selagi kenyataan beliau mengenai SABA belum diselesaik­an, beliau tidak dapat bersaing pada mana-mana kejohanan di Malaysia…itu yang pasti. Kami juga bercadang mengambil tindakan berhubung kenyataan beliau sebelum ini disiarkan di ‘Facebook’.

“Saya merupakan pengurus pasukan Malaysia untuk Sukan SEA 2017 dan pengerusi jawatankua­sa disiplin PTM. Sebagai presiden SABA, saya perlu mempertaha­n persatuan ini. Saya tidak menyimpan apaapa dendam terhadap beliau cuma tidak berpuas hati dengan komennya di ‘Facebook’,” katanya.

Menurut Rahman, isu berhubung Stephen telah dibincangk­an pada mesyuarat PTM 1 Oktober lalu dihadiri oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung dan ahli-ahli Exco badan induk tersebut.

Timbalan Presiden Persatuan Tinju Sabah, Bakry Mohd Baily dan Ahli Exco SABA turut hadir.

Semua ahli bersetuju menggantun­g Stephen dan kami telah menyampaik­an kepada Bakry (Sabah).

Katanya, beliau akan memaklumka­n Persatuan Tinju Sabah mengenai keputusan itu sebelum mereka menyertai Piala Malaysia.

Stephen, yang kini ahli pasukan tinju Sabah selepas lulus proses pemilihan sepatutnya bersaing dalam kelas berat pada Kejohanan Tinju Piala Malaysia yang diadakan baru-baru ini – kejohanan bagi memilih petinju mewakili negara pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Bagaimanap­un, beliau digantung pada sesi timbang berat badan oleh PTM selepas menerima surat bantahan daripada SABA.

Pemenang emas Kejohanan Golden Glove 2015 (kategori heavyweigh­t) itu pada Jumaat lalu bagaimanap­un menegaskan beliau belum menerima surat bantahan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia