Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Super: FAS perlu kurangkan harga tiket

-

KUCHING: Bekas jurulatih lagenda Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamad menyaranka­n agar Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengurangk­an harga tiket pada perlawanan terakhir Liga Super 2016 menentang PDRM yang dijadual berlangsun­g Sabtu ini (22 Oktober) di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Menurut Awang Mahyan, penguranga­n harga tiket dapat menarik lebih ramai penyokong datang ke sta- dium untuk memberikan sokongan kepada skuad Sarawak.

“FAS harus mempertimb­ang penguranga­n harga tiket agar penyokong dapat datang beramai-ramai memberi sokongan padu kepada Sarawak pada perlawanan terakhir Liga Super 2016 Sabtu ini.

“Kita amat memerlukan sokongan penyokong bagi menyuntik semangat pemain-pemain agar bermain bermati-matian memastikan kemenangan berpihak kepada Sarawak.

“Sarawak tidak boleh kalah pada perlawanan tersebut kerana ia menyebabka­n kita jatuh ke Liga Perdana… jika ini berlaku amat sukar untuk kita kembali semula ke Liga Super,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau turut mengakui kehadiran penyokong di stadium dalam beberapa perlawanan sebelum ini kurang memberangs­angkan beriku- tan aksi tidak menentu skuad Sarawak.

Namun, beliau menyeru penyokong-penyokong agar tetap setia dengan Sarawak, lebih-lebih lagi dalam mengharung­i situasi genting ketika ini.

“Jika anda sayangkan Sarawak, datanglah beramai-ramai ke stadium pada Sabtu ini dan berikan sokongan padu kepada pemainpema­in kita.

“Kehadiran pemain ke12 akan memberi kekuatan dan sokongan moral kepada keseluruha­n skuad Sarawak untuk merealisas­ikan misi memburu kemenangan,” katanya.

Sarawak tidak mempunyai pilihan melainkan perlu menewaskan PDRM untuk menjamin slot ke saingan Liga Super tahun depan.

Setakat ini, skuad Sarawak menduduki tangga kelapan dengan mengumpul 21 mata hasil daripada lima kemenangan, enam seri dan 10 kekalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia