Utusan Borneo (Sarawak)

Muafakat bawa kejayaan Kampung Wang Besar

-

PENDUDUK Kampung Wang Besar, Bintong, lima kilometer dari Kangar, membuktika­n ‘muafakat membawa berkat’ apabila kampung mereka memenangi pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan kategori Kampung Tradisiona­l/ Kampung Baru/Cina/ Estet/FELDA peringkat kebangsaan 2016.

Keputusan pertanding­an diumumkan pada majlis penyampaia­n hadiah di Taman Botani, Putrajaya, Rabu lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Wang Besar, Ahmad Hussain hadir menerima hadiah tersebut berupa cek bernilai RM10,000, trofi dan sijil penghargaa­n yang disampaika­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Ketika ditemui Bernama, Ahmad berkata kemenangan yang diperoleh itu hasil muafakat semua penduduk bergotongr­oyong mengindahk­an kampung mereka.

Kampung itu terletak di pinggir Banjaran Nakawan bersempada­n Wilayah Satun, Thailand, dan diapit sawah padi menghijau, yang menambah keindahan kampung tersebut.

Ahmad berkata kampung itu dihuni 485 orang daripada 125 keluarga, kebanyakan­nya bekerja sendiri seperti berkebun dan menoreh getah.

“Saya amat bersyukur memenangi pertanding­an tahun ini kerana kampung ini tidak dibenarkan bertanding selama tiga tahun berikutan menjuarai peringkat negeri tiga tahun berturut-turut pada 2010, 2011 dan 2012.

“Tiga tahun berehat tidak sia-sia..... hasilnya kami menang dan jelas semangat muafakat semua penduduk kampung membawa berkat,” katanya.

Ahmad berkata semua penduduk kampung menggunaka­n masa sebelah petang dan hujung minggu selama dua minggu untuk bergotongr­oyong membuat kerjakerja mengindahk­an kampung mereka.

Katanya mereka banyak menggunaka­n bahan terbuang seperti tayar serta kayu dan memasang lebih 2,000 helai bendera yang dibeli melalui wang sumbangan penduduk.

“Saya akan berbincang dengan semua penduduk mengenai wang hadiah dalam masa terdekat namun kami awal-awal lagi telah bersetuju untuk mengadakan kenduri kesyukuran sekiranya memenangai pertanding­an ini,” kata Ahmad. — Bernama JABATAN Perikanan Kelantan melepaskan kira-kira 73,000 ekor anak ikan dan udang galah di sungai Kampung Tok Ajam, Jelor di Pasir Puteh, sebagai usaha menjadikan kampung itu pengeluar ikan dan udang galah.

Pengarahny­a Mohd Zin Saad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 60,000 ekor adalah anak udang galah, 10,000 ekor anak ikan lampam dan 3,000 ekor anak ikan baung.

“Ikan baung dan ikan lampam dipilih bagi memberi peluang kepada penduduk menghasilk­an ikan pekasam manakala udang galah sebagai pendapatan sampingan harian mereka,” katanya kepada pemberita di kampung berkenaan di Pasir Puteh, baru-baru ini.

Mohd Zin berkata projek tersebut akan memberi faedah kepada lebih 70 nelayan air tawar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, penduduk di kawasan itu meraih tangkapan sebanyak 4,625 kilogram bernilai kira-kira RM115,000 terutama udang galah dan ikan berkenaan, dalam tempoh sebulan dari sungai sepanjang lima kilometer itu.

Katanya ikan lampam dan ikan baung dijadikan ikan pekasam yang dipasarkan di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Machang.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Sukarelawa­n Perikanan (SUPER) Kampung Tok Ajam, Mat Daud Mamat, 52, berkata Jabatan Perikanan Kelantan banyak membantu anggotanya termasuk pemberian bot, pukat, pejabat operasi dan kaedah pemprosesa­n ikan pekasam.

“Sebanyak 18 anggotanya menerima elaun nelayan darat sebanyak RM200 sebulan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya bercadang meningkatk­an pengeluara­n ikan pekasam untuk pasaran di seluruh negeri ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Golongan wanita memainkan peranan penting dan turut menyumbang tenaga bagi mengindah dan menceriaka­n Kampung Wang Besar, Bintong yang telah memenangi Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan kategori Kampung Tradisiona­l/Kampung...
— Gambar Bernama — Gambar Bernama TURUT SERTA: Golongan wanita memainkan peranan penting dan turut menyumbang tenaga bagi mengindah dan menceriaka­n Kampung Wang Besar, Bintong yang telah memenangi Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan kategori Kampung Tradisiona­l/Kampung...
 ?? — Gambar Bernama ?? BERGUNA: Peta panduan disediakan untuk memudahkan perjalanan pengunjung yang mula melawat Kampung Wang Besar, Bintong.
— Gambar Bernama BERGUNA: Peta panduan disediakan untuk memudahkan perjalanan pengunjung yang mula melawat Kampung Wang Besar, Bintong.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSATU: Ahmad di sisi tanda nama Kampung Wang Besar yang telah memenangi Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan kategori Kampung Tradisiona­l/Kampung Baru/Cina/Estet/FELDA bagi peringkat kebangsaan 2016, baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERSATU: Ahmad di sisi tanda nama Kampung Wang Besar yang telah memenangi Pertanding­an Keceriaan Bulan Kebangsaan kategori Kampung Tradisiona­l/Kampung Baru/Cina/Estet/FELDA bagi peringkat kebangsaan 2016, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia