Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Spaoh tidak ketinggala­n meriahkan Hari Sukan Negara

-

SAMBUTAN Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif dalam proses transforma­si ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Oleh yang demikian, HSN dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan HSN tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelosok tanah air.

Semua pihak melalui penglibata­n sektor awam, swasta dan rakyat keseluruha­nnya berganding bahu menganjur dan menyertai program, aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh juga tidak terkecuali terlibat dengan HSN yang diadakan serentak pada 8 Oktober lalu.

Pengetua yang juga pengerusi sambutan Anis Madeli berkata, HSN diadakan bagi merapatkan lagi ikatan persahabat­an sesama mereka.

Tambahnya, aktiviti bersukan bukan hanya dilakukan pada HSN tetapi perlu diamalkan setiap hari.

“Bersukan penting untuk mengekalka­n kesihatan. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Oleh demikian, SMK Spaoh mengadakan pelbagai aktiviti sukan di sekolah melibatkan semua warganya sepanjang tahun,” katanya semasa berucap merasmikan Program Hari Sukan Negara SMK Spaoh, baru-baru ini.

Bermula seawal jam 7 pagi, sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, taklimat keselamata­n, senaman dan acara kemuncak adalah aktiviti berjalan kaki.

Sebelum bersurai, Anis bersama guru, staf dan pelajar bergambar beramairam­ai.

 ??  ?? PANASKAN BADAN: Warga SMK Spaoh bersenam berama-ramai. CERGAS: Anis merakam gambar bersama guru-guru. RASMI: Anis menyampaik­an ucapan perasmian. CERIA: Anis bersama guru, staf dan pelajar bergambar beramai-ramai.
PANASKAN BADAN: Warga SMK Spaoh bersenam berama-ramai. CERGAS: Anis merakam gambar bersama guru-guru. RASMI: Anis menyampaik­an ucapan perasmian. CERIA: Anis bersama guru, staf dan pelajar bergambar beramai-ramai.
 ??  ??
 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Anis turut serta dalam aktiviti berjalan dari SMK Spaoh ke Kampung Sungai Penggan dan kembali semula ke SMK Spaoh.
AKTIVITI SIHAT: Anis turut serta dalam aktiviti berjalan dari SMK Spaoh ke Kampung Sungai Penggan dan kembali semula ke SMK Spaoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia