Utusan Borneo (Sarawak)

Ungguli carta album Billboard dengan

-

KUMPULAN rock Green Day muncul buat pertama kali di atas carta album mingguan 200 Billboard AS pada Isnin, menjatuhka­n Solange Knowles dari No. 1 dan perlahanla­han menyingkir­kan kemasukan baru dari Norah Jones dan One Republic.

‘Revolution Radio’, album studio ke-12 Green Day, menjual 90,100 buah album, 14,000 buah lagu dan distrim 47 juta kali, sama dengan 95,000 unit album berdasarka­n rajah dari Nielsen SoundScan untuk minggu berakhir 13 Okt.

Di kedudukan No. 2, ialah album ‘Day Breaks’ oleh penyanyi jaz Norah Jones dengan 47,000 unit album dijual, manakala kemunculan pertama kumpulan pop OneRepubli­c di No. 3 dengan ‘Oh My My’ dengan jualan 46,000 unit album.

Juara carta minggu lepas, album ‘A Seat at the Table’ daripada Knowles jatuh ke tangga No. 6 minggu ini.

Carta album Billboard 200 menyelaras­kan unit dari jualan album, jualan lagu (10 buah lagu menyamai satu album) dan kegiatan striming (1,500 striming menyamai satu album).

Kemasukan baru lain di carta album Billboard 200 termasuk ‘The Last Hero’ daripada Alter Bridge di No. 8 dan ‘Three’ oleh Phantogram diNo. 9.

Di carta lagu Digital, yang mengukur jualan single dalam talian setiap minggu, lagu hit musim panas oleh The Chainsmoke­rs dan Halsey, Samurai’ pada tahun 2003.

Pelakon bersama Cobie Smulders iaitu aktres ‘How I Met Your Mother’ berlakon sebagai Turner. ‘Closer’ kekal di tangga teratas dengan 123,000 lagi unit yang dijual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia