Utusan Borneo (Sarawak)

UPKO tetap bantah hudud kerana langgar Artikel 8 Perlembaga­an Persekutua­n

-

PENAMPANG: UPKO tetap teguh dengan bantahanny­a terhadap rang undang-undang persendiri­an oleh Ahli Parlimen Marang bertujuan meningkatk­an kuasa hukuman Mahkamah Syariah.

Setiausaha Agung UPKO Datuk Donald Peter Mojuntin berkata Biro Undang-Undang parti itu yang diketuainy­a telah membincang­kan perkara itu dari sudut perlembaga­an dan undang-undang.

“Kami telah membincang­kan perkara itu dan telah menasihati Majlis Tertinggi UPKO, yang sebulat suara dan secara kolektif memutuskan untuk menentang rang undang-undang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

“Pertama sekali, rang undang-undang akan melanggar Artikel 8 Perlembaga­an Persekutua­n. Perkara ini memberi jaminan kesamarata­an di sisi undang-undang. Meluluskan rang undang-undang ini akan bermakna bahawa akan ada hukuman yang tidak sama rata untuk orang Islam dan bukan Islam. Ringkasnya, meluluskan rang undang-undang tidak mengikut perlembaga­an.

“Kedua, ia akan menjadi satu mimpi ngeri pentadbira­n melaksanak­an dan menguatkua­sakan dua set undangunda­ng jenayah. Kerajaan mempunyai masa yang cukup sukar untuk mendapatka­n pentadbir kita untuk menjadi lebih dipercayai, cekap dan profesiona­l di negara ini. Oleh itu, adalah tidak praktikal dan akan menyebabka­n pentadbira­n kucar-kacir.

“Ketiga, ia akan menyebabka­n perpecahan dan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia akan menimbulka­n persoalan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular atau negara teokratik. Malah sekarang, terdapat bantahan terhadap rang undang-undang dalam masyarakat Islam di Malaysia, termasuk ahli akademik, golongan profesiona­l dan ahli politik,” katanya.

Donald berkata, Malaysia mengamalka­n satu bentuk sekular demokrasi, bukan yang teokratik. Meluluskan rang undang-undang itu akan menjadi seperti membuka pintu untuk undang-undang Hudud yang akan akhirnya dilaksanak­an sepenuhnya tidak di negeri-negeri tertentu tetapi di negara ini.

Katanya, Malaysia telah dianggap dan dihormati sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni walaupun mempunyai penduduk yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Seperti yang dikatakan pengerusi bersama Biro Agama dan Perpaduan Kaum UPKO Suip Saniman, parti itu menghormat­i Islam tetapi akan menolak rang undang-undang Hadi, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia