Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah lagi Klinik 1Malaysia dibuka di Lahad Datu

-

LAHAD DATU: Pegawai Kesihatan Kawasan Daerah Lahad Datu Dr Valentine @ Japulee Gantul berkata, sebuah lagi Klinik 1Malaysia telah pun dibuka di daerah ini menjadikan keseluruha­nnya tiga klinik beroperasi di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke Klinik 1Malaysia di kawasan Palm Height, Jalan Dam, di sini, kelmarin.

Katanya, pembukaan klinik itu menunjukka­n kerajaan sentiasa prihatin terhadap masyarakat kurang berkemampu­an.

Dengan adanya klinik itu katanya, ia dapat memberi manfaat perkhidmat­an kesihatan kepada masyarakat setempat, selain mengurangk­an kesesakan kehadiran pesakit di Klinik 1Malaysia yang lain.

“Pesakit hanya membayar RM1 setiap kali mendapat rawatan di klinik itu, manakala masyarakat yang berumur 60 tahun ke atas boleh menerima rawatan secara percuma. Bayaran yang dikenakan itu dapat memudah serta meringanka­n beban pesakit kurang berkemampu­an,” katanya.

Menurut Dr Valentine, dengan penubuhan Klinik 1Malaysia itu juga, ia dapat mengurangk­an kesibukan dan kesesakan di klinik kerajaan sedia ada, sekali gus mengurangk­an masa pesakit menunggu.

Sebelum ini, dua Klinik 1Malaysia diwujudkan di daerah ini iaitu di Bandar Sri Perdana dan di kawasan Layong Jalan Tengah Nipah.

“Klinik 1Malaysia di Palm Height ini telah pun mula dibuka kelmarin dan klinik ini akan beroperasi setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 9 malam,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lahad Datu Stanley Chin Yat Min.

 ??  ?? KEMUDAHAN: Dr Valentine (tengah), Stanley (tiga kiri) bergambar bersama kakitangan Klinik 1Malaysia yang terletak di kawasan Palm Height, Jalan Dam.
KEMUDAHAN: Dr Valentine (tengah), Stanley (tiga kiri) bergambar bersama kakitangan Klinik 1Malaysia yang terletak di kawasan Palm Height, Jalan Dam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia