Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan optimis perangi jenayah

Memastikan negara selamat untuk rakyat, pelancong dan pelabur

-

SANDAKAN: Kerajaan optimis memerangi jenayah secara menyeluruh di mana langkah ini akan dapat memberi impak berupa peningkata­n rasa selamat oleh rakyat selain membolehka­n negara berada dalam kalangan negara yang selamat untuk pelanconga­n, pelaburan dan perniagaan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Mohd Edris berkata, ia kerana jenayah dan perasaan takut terhadap jenayah akan mempengaru­hi kualiti hidup rakyat sekali gus memberi kesan kepada ketiga- tiga sektor berkenaan.

“Jenayah hari ini semakin kompleks dan negara kita juga tidak terlepas daripada ancaman antarabang­sa kerana taktik yang digunakan pelbagai bentuk,” katanya ketika berucap merasmikan Program Mesej Dari Penjara di Dewan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri GumGum berkata, kebimbanga­n terhadap penyalahgu­naan teknologi juga wujud kerana ia menyumbang kepada jenayah siber.

Katanya, tidak dinafikan perbuatan jenayah didor- ong oleh beberapa faktor antaranya desakan hidup, keruntuhan institusi kekeluarga­an dan persekitar­an yang kurang selesa.

Bagaimanap­un beliau berkata, tiada alasan untuk mengizinka­n perbuatan itu, sebaliknya ia wajib dibasmi agar jenayah yang mencemarka­n kedaulatan negara dapat ditangani dengan sebaiknya.

Pada majlis itu, Zakaria turut mengingatk­an golongan muda terutama pelajar remaja agar tidak terpengaru­h dengan anasir-anasir tidak sihat dan sentiasa peka terhadap rakan sebaya agar tidak terpengaru­h dengan perbuatan jenayah.

“Seboleh-bolehnya, golongan muda tidak menghabis masa di tirai besi (penjara), kerana mereka ini adalah aset negara pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta sokongan masyarakat agar sentiasa memberikan sumbangan bagi tujuan membantu bekas penghuni dalam membina jati diri.

“Kita perlu menerima mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Bantu mereka ke jalan baik dan berikan kerjasama kepada mereka,” katanya sambil menambah, pihaknya sentiasa memberi sokongan padu kepada kerja pemulihan dan kerja masyarakat.

Beliau juga menyeru agar syarikat swasta atau sektor korporat serta masyarakat turut sama berkongsi tanggungja­wab sosial dalam menjayakan usaha pemulihan dan pencegahan yang dilaksanak­an oleh pihak Penjara Malaysia di Sabah.

 ??  ?? OPTIMIS: Zakaria memalu gong sebagai simbolik perasmian Program Mesej Dari Penjara di Dewan ILP Sandakan.
OPTIMIS: Zakaria memalu gong sebagai simbolik perasmian Program Mesej Dari Penjara di Dewan ILP Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia