Utusan Borneo (Sarawak)

Kes dadah: Dua pelajar kolej antara ditangkap polis

-

KUDAT: Dua pelajar lelaki sebuah kolej adalah antara empat lelaki tempatan ditangkap polis kerana disyaki terlibat dadah dalam tiga kes berasingan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata, keempat-empat lelaki itu masing-masing berasal dari Kudat dan Kota Belud.

Katanya dalam kes pertama, polis menangkap seorang lelaki berumur 51 tahun dan merampas dadah seberat 8.16 gram dengan nilai harga pasaran RM1,200.

Menurutnya pada 14 Oktober kira-kira jam 9.30 malam, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

“Suspek yang berada di ruang tamu rumah itu selepas disoal siasat menunjukka­n barang di bawah meja dapur. Seorang anggota polis mengambil barang berkenaan dan menemui sembilan peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 8.16 gram.

“Pasukan polis kemudian membawa balik suspek berserta barang rampasan ke IPD Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya, sambil menyatakan suspek ditahan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Ber- bahaya 1952.

Dalam kes kedua, polis menangkap seorang pelajar kolej dan merampas dadah 0.30 gram bernilai RM50.

Katanya pada hari sama, kira-kira jam 11 malam, pasukan polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik IPD Kudat menangkap suspek di sebuah rumah di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n ke atas beg sandang suspek, polis menemui straw warna putih yang diubah suai berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek berusia 17 tahun ditahan dan barang rampasan dibawa balik ke IPD dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam satu kes lagi, dua lelaki termasuk seorang pelajar kolej memiliki dadah jenis ganja ditangkap pada hari sama pada jam 11.10 malam di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di sini.

Douglas berkata anggota polis dari Jabatan Sisasatan Jenayah Narkotik membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di sebuah kampung di sini dan menangkap kedua-dua suspek yang memiliki ganja yang dibungkus dengan plastik seberat 8.21 gram dan bernilai RM500 yang diletak dalam beg pinggang berwarna hitam.

 ??  ?? SAHABAT: Anggota Maritim Malaysia bersama agensi penguat kuasa yang lain.
SAHABAT: Anggota Maritim Malaysia bersama agensi penguat kuasa yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia