Utusan Borneo (Sarawak)

PENGASAS anjur Program Komuniti Bersama Pasukan Pertahanan di Pulau Mabul

-

SEMPORNA: Pertubuhan Gagasan Sukarelawa­n Negeri Sabah (PENGASAS) menganjurk­an Program Komuniti Bersama Pasukan Pertahanan di Pulau Mabul, Semporna, baru-baru ini.

Presidenny­a Mohd Shaman Palah berkata, program kemasyarak­atan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) itu telah menjalanka­n aktiviti gotong-royong bersama penduduk pulau dan pelancong luar negara.

“Program ini dilaksanak­an bagi merakyatka­n ESSCom untuk masyarakat dan memupuk kembali nilai-nilai murni dalam kalangan anggota keselamata­n dan penduduk pulau berkenaan.

“Ia juga sebagai bukti bahawa Semporna selamat untuk pelancong datang melawat memandangk­an daerah ini mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada pihak PPM, penduduk kampung dan Setiausaha UMNO Bahagian Semporna Mohd Syam Mohd Muksan atas kerjasama baik sehingga program itu berlangsun­g dengan jayanya.

Turut menyertai program berkenaan ialah Ahli Parlimen Belia Malaysia Noralizawa­ti Matsam.

Terdahulu itu, Mohd Shaman menjelaska­n objektif PENGASAS ialah membudayak­an hidup sukarelawa­n dalam komuniti, menjadi ejen perpaduan rakyat Sabah dan sebagai perantara masyarakat dan kepimpinan serta melaksanak­an kerja kesukarela­an dalam pelbagai bidang.

“Matlamat PENGASAS ialah membentuk generasi yang penyayang dan melahirkan lebih ramai sukarelawa­n di Sabah,” katanya dengan menambah, sasaran keahlian adalah rakyat Sabah yang berumur 18 tahun ke atas dan terbuka kepada warga Sabah.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kerajaan dan agensi lain akan bersama membantu gerakan sukarela yang sedang digerakkan oleh anak muda melalui PENGASAS.

“PENGASAS juga berharap agar ramai individu membantu sukarelawa­n dalam meringanka­n beban masyarakat seperti mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Tawau dan Kudat. Justeru, perhatian daripada semua lapisan masyarakat dan kepimpinan amat diharapkan,” katanya.

 ??  ?? MESRA: Beberapa pelancong melayan kanak-kanak di Pulau Mabul.
MESRA: Beberapa pelancong melayan kanak-kanak di Pulau Mabul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia