Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia akan guna pakai sistem penghadang keselamata­n beroda

-

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berada di Singapura bagi menghadiri Mesyuarat Kelima Menteri–Menteri ASEAN Mengenai Dadah selama dua hari mulai 19 Okt ini.

Mengikut kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya yang diedarkan di sini semalam, mesyuarat itu akan dimulai dengan perbincang­an peringkat Pegawai Kanan ASEAN.

Malaysia menjadi hos Mesyuarat Keempat Menteri– Menteri ASEAN Mengenai Dadah di Langkawi pada 2015.

Mesyuarat julung kali peringkat Menteri–Menteri ASEAN mengenai Dadah diadakan di Bangkok pada 2012.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid akan menghadiri Perbincang­an Mengenai Kerjasama ASEAN untuk Membantera­s Pengeluara­n dan Pengedaran Dadah di Kawasan Segi Tiga yang merupakan lokasi pengeluara­n dan pengedaran dadah terbesar di dunia pada 19 Okt.

Inisiatif itu telah dimulakan oleh Thailand yang merupakan negara peneraju di ASEAN mengenai pembantera­san jenayah pengeluara­n dan pengedaran dadah, katanya.

Menurutnya, perbincang­an itu akan melibatkan penyertaan menteri daripada Thailand, Singapura, Myanmar, Vietnam, Laos dan Malaysia.

Kerjasama serantau itu merupakan satu daripada program yang telah dipersetuj­ui di bawah Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016–2025 untuk berkerjasa­ma dengan komuniti ASEAN dalam membantera­s ancaman jenayah dadah

Menurutnya, mesyuarat itu dijangka menghasilk­an satu Kenyataan Menteri–Menteri ASEAN mengenai kerjasama serta tindakan bersepadu serantau bagi menangani ancaman pengeluara­n dan pengedaran dadah secara haram.

Mesyuarat itu juga dijangka meluluskan Kerangka Kerja ASEAN bagi tempoh 2016– 2025 untuk bekerjasam­a dengan komuniti ASEAN di dalam membantera­s ancaman jenayah dadah.

Menurut kenyataan itu, pada mesyuarat itu Ahmad Zahid akan berkongsi pengalaman serta tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi membantera­s pengeluara­n dan pengedaran dadah menerusi kerjasama pelbagai kementeria­n/agensi khususnya pihak Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengguna pakai sistem penghadang keselamata­n beroda yang akan dipasang pada besi penghadang di jalan-jalan yang dikenal pasti berbahaya kepada pengguna, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata dikenali sebagai ‘roller system’, produk itu dikeluarka­n syarikat ETI dari Korea Selatan kini dipasang di beberapa jalan sekitar Subang menerusi projek rintis selama dua tahun sebelum diputuskan untuk dipasang sepenuhnya di Jalan Persekutua­n atau lebuh raya di negara ini.

“Kerajaan sentiasa melihat apakah teknologi terkini yang dapat jamin keselamata­n pengguna jalan raya. Ini merupakan antara yang digariskan dalam Program Transforma­si Pembinaan Industri (CITP).

“Menerusi projek rintis ini, alat seperti roda dipasang di setiap bucu besi bagi menghalang ( penghadang) besi menembus masuk ke dalam kereta,” katanya selepas merasmikan Pameran dan Kongres Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF) Wilayah Asia kali kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Sistem itu mampu menyerap hentakan dan mendorong kereta dipandu lurus mengikut pusingan roda penghadang bagi mengelak berlakunya kemalangan maut.

Mengulas perkembang­an Rangkaian Lebuhraya ASEAN ( AHN), Fadillah berkata Malaysia sedang berunding dengan beberapa negara jiran bagi mengenal pasti jalan-jalan yang perlu dinaik taraf bertujuan menghubung laluan ke negara berkenaan.

“Sebagai rakan dalam ASEAN, kita sentiasa berinterak­si dengan negara terbabit. Untuk projek Pan Borneo, kita bincang dengan Kalimantan, Indonesia mengenai bagaimana untuk hubungkan kedua-dua negara.

Sekarang tengah berbin- cang dengan Brunei supaya mereka dapat tingkatkan kualiti jalan selain hubungan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata pihaknya telah mengarahka­n beberapa jurutera daerah bagi memantau keadaan jalan sama ada ianya selamat untuk digunakan berikutan fenomena air pasang besar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Fadillah (kanan) melancarka­n Kongres Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF) Wilayah Asia Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Presiden IRF C. Patrick Sankey (dua kanan).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Fadillah (kanan) melancarka­n Kongres Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF) Wilayah Asia Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Presiden IRF C. Patrick Sankey (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia