Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Malaysia pemurah, suka ‘memberi’ tingkatkan bilangan pengemis

-

KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat yang kurang peka dalam membuat aduan menyumbang kepada peningkata­n jumlah pengemis yang semakin berleluasa di negara ini, terutamany­a di ibu kota.

Bercakap kepada Bernama, Pengarah Bahagian Perundanga­n dan Penguatkua­saan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) Roslan Baba berkata sikap masyarakat Malaysia yang pemurah dan suka memberi, membuka ruang kepada pengemis menyebabka­n kehadiran mereka diibaratka­n seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Walaupun pelbagai usaha dan tindakan penguatkua­saan telah dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat, namun ia suatu perkara yang sukar untuk menghentik­an kegiatan itu.

“Orang ramai sepatutnya perlu melaporkan tentang aktiviti pengemis yang memberi perspektif negatif terhadap imej negara kita,” katanya mengulas dakwaan kewujudan sindiket pengemis yang mengaut jutaan ringgit hasil daripada aktiviti itu.

Roslan berkata pihaknya telah ‘menyelamat­kan’ kira- kira 900 pengemis yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing sejak awal tahun sehingga September lepas.

Roslan berkata setiap pengemis warga asing yang ditahan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a, manakala pengemis tempatan akan dihantar ke Pusat Pemulihan Pengemis ‘Desa Bina Diri’ atau jabatan-jabatan tertentu untuk proses pemulihan dan rawatan kesihatan fizikal dan mental.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan yang kononnya ‘King Pin’ sindiket pengemis itu telah lama bertapak di ibu negara.

“Kita tidak menerima sebarang laporan berkaitan isu ini, namun sekiranya pihak yang melaporkan mengenainy­a mempunyai bukti tentang dakwaan ini, mereka perlu tampil agar tindakan sewajarnya boleh diambil,” katanya.

Mengulas isu sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, pihaknya sentiasa komited dalam memberi kerjasama kepada pihak berkaitan bagi membersihk­an imej bandar raya ini daripada kumpulan yang tidak bertanggun­gjawab.

Berdasarka­n tinjauan pendapat oleh Bernama, ratarata warga kota mengakui sudah muak dengan modus operandi sindiket pengemis yang disifatkan mengambil kesempatan akan belas kasihan masyarakat.

Noriah Hasan, 34, pekerja syarikat swasta di ibu negara ketika ditemui berkata kebanyakan golongan ini meraih simpati dengan menunjukka­n kekurangan fizikal seperti cedera atau kudung tangan dan kaki.

“Ya, kita kasihan dengan situasi yang mereka hadapi, tetapi tindakan sindiket yang memperguna­kan mereka seolah- olah mereka rela diperlakuk­an sedemikian,” katanya.

Nawawi Nordin, 29, berkata golongan ini muncul kerana tindakan masyarakat sendiri yang terlalu bermurah hati membuatkan mereka menjadikan kegiatan itu sebagai pekerjaan tetap.

“Sikap masyarakat sebeginila­h yang membuatkan pengemis menjadi lebih kaya daripada mereka yang berkerja makan gaji, justeru kita harus memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantera­s kegiatan itu,” katanya.

Pensyarah universiti swasta itu menambah, mentaliti masyarakat berhubung isu pengemis ini perlu diubah dan kegiatan itu tidak harus dibiarkan begitu sahaja kerana negara sudah menghampir­i status kelas pertama. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia