Utusan Borneo (Sarawak)

Najib harap Dr Fauziah teruskan perjuangan bela nasib warga Palestin

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaa­n ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Palestin.

Perkara itu disampaika­n ketika beliau menerima kunjungan hormat Dr Fauziah di pejabatnya di Menara Parlimen semalam.

Turut hadir pada kunjungan itu Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Dr Fauziah kemudian- nya memberitah­u pemberita bahawa dalam pertemuan itu, perdana menteri turut menyatakan sokongan terhadap usaha membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

“Perdana menteri pernah sampai ke Gaza dan isu Palestin sememangny­a dekat di hati beliau,” katanya.

Dr Fauziah turut melahirkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana memberikan sokongan terhadapny­a dan keluarga beliau ketika beliau ditawan tentera Zionis.

Beliau ditahan tentera Israel bersama 10 anggota misi WBG yang lain semasa menaiki ka- pal Zaytouna-Oliva menuju Gaza pada 5 Okt lepas.

Kapal misi kemanusiaa­n anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudianny­a ditunda ke Pelabuhan Ashdod.

Sementara itu Dr Fauziah berkata Freedom Flotilla Coalition mahu Malaysia mengambil peranan menjalanka­n misi bantuan ke Gaza pada masa depan.

“Mereka mengetahui bahawa kerajaan dan rakyat Malaysia memberi sokongan yang amat kuat kepada misi bantuan kepada rakyat Palestin dan mahu kita menganjurk­an misi kemanusiaa­n yang akan datang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia