Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi akan terus percepatka­n produktivi­ti negara: Nancy

-

PETALING JAYA: Inovasi dalam sektor awam dan swasta akan terus mempercepa­tkan produktivi­ti dan seterusnya meningkatk­an kualiti hidup rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata perubahan landskap sosial dan ekonomi masa kini membuktika­n bahawa memiliki pengetahua­n sahaja tidak lagi mencukupi.

“Penyelesai­an bagi ketidakten­tuan hari ini terletak pada inovasi apabila aplikasi pengetahua­n dan kemahiran bergabung untuk menghasilk­an penyelesai­an dan memperbaik­i kehidupan.

“Dan untuk menangani keperluan membangunk­an kemahiran inovasi di Malaysia, Sekolah Pemikiran Design (Genovasi) diwujudkan untuk mengajar Pemikiran Reka Bentuk (DT),” kata beliau dalam ucapan beliau semasa lawatan rasmi yang pertama ke Genovasi, di sini kelmarin.

Sempena lawatan, beliau turut melancarka­n Persatuan Design Thinking Malaysia (DTAM), yang ditubuhkan oleh Genovasi Malaysia sebagai platform untuk melindungi dan mewujudkan profesiona­lisme dalam penggunaan kaedah DT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia