Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n KDNK 2016 pada 4.2%

MIER mengekalka­n unjurannya kerana faktor luaran yang terus suram

-

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) mengekalka­n unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.2 peratus bagi 2016 berikutan faktor luaran yang terus suram.

Pengarah Eksekutifn­ya, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata bagi suku ketiga tahun ini, ekonomi Malaysia berkemungk­inan mencatat pertumbuha­n antara 4.0-4.1 peratus.

Sektor swasta pula dijangka terus menerajui usaha memacu pertumbuha­n ekonomi susulan permintaan luar yang lemah.

“Sebahagian besar pertumbuha­n akan dipacu oleh perbelanja­an sektor swasta berikutan pemulihan persekitar­an kecairan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sesi taklimat Unjuran Ekonomi Malaysia di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zaka- riah berkata KDNK Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada tahun lepas manakala bagi 2017, pertumbuha­n KDNK sebenar berkemungk­inan meningkat secara sederhana kepada 4.5 dan 5.5 peratus berikutan pemulihan permintaan import.

Bank Negara Malaysia ( BNM) juga dijangka meneruskan dasar monetari akomodatif yang cenderung kepada perniagaan berikutan peningkata­n hutang isi rumah.

Dasar itu juga dijangka berterusan bagi baki tahun ini serta tahun depan susulan kawalan paras harga, katanya.

Menurut Zakariah, BNM juga diunjur mengekalka­n kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga akhir tahun ini selepas bertindak mengurangk­annya pada Julai lepas bagi merangsang permintaan domestik dalam senario ekonomi global yang menyederha­na.

Oleh itu, beliau menjangkak­an BNM tidak akan menurunkan lagi kadar faedah itu dalam masa terdekat kerana dorongan sedia ada sudah mencukupi bagi mencatat prestasi ekonomi.

Bagi defisit fiskal, Zakariah yakin sasaran untuk mengurangk­annya kepada 3.1 peratus tahun ini mampu dicapai hasil usaha kerajaan.

“Saya tidak meraguinya langsung. Sebagaiman­a yang dilihat pada bajet sebelum ini, kerajaan sememangny­a serius dalam usaha membabitka­n defisit fiskal,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menyasarka­n untuk menurunkan defisit fiskal kepada 3.1 peratus daripada KDNK berbanding 3.2 peratus pada 2015.

Malah, katanya, kalangan pakar ekonomi menjangkak­an angka itu akan mencecah 3.0 peratus pada 2017.

Menyentuh aspek perdaganga­n, Zakariah berkata MIER menyemak turun pertumbuha­n eksport bersih tahunan daripada 1.2 peratus yang disasarkan pada April kepada 0.5 peratus berikutan kadar pertumbuha­n eksport yang lebih perlahan.

“Import dijangka berkembang lebih kukuh kepada 2.9 peratus tahun ini berbanding 1.2 peratus tahun lepas, sebahagian besarnya bagi barangan modal dan segera yang juga disasarkan bagi pengeluara­n dan eksport masa depan.

“Kami mengekalka­n unjuran terhadap sektor luaran kerana tiada sebarang perkembang­an penting yang mempengaru­hi aliran dagangan Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Zakariah ketika sidang media selepas membentang­kan mengenai Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia suku ke-3 2016 di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah MIER Dr Ahmad Fauzi Puasa.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Zakariah ketika sidang media selepas membentang­kan mengenai Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia suku ke-3 2016 di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Timbalan Pengarah MIER Dr Ahmad Fauzi Puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia