Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor insurans perlu beri tumpuan kepada pembanguna­n bakat, teknologi baharu: BNM

-

KUALA LUMPUR: Pengendali takaful and insurans perlu memberi tumpuan kepada pembanguna­n bakat, memanfaatk­an teknologi serta meningkatk­an kepercayaa­n di kalangan pelanggan bagi memastikan pertumbuha­n mampan industri berkenaan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, sektor insurans dan takaful yang mempunyai potensi pertumbuha­n tinggi, telah menjadi lembap sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Jumlah aset untuk sektor takaful dan insurans berkembang pada kadar tahunan lebih 13 peratus, lebih tiga kali ganda nilainya kepada RM181 bilion pada 2010 berbanding RM52 bilion pada 2000, manakala penembusan insurans hayat meningkat kepada 51 peratus berbanding 33 peratus daripada penduduk tempatan dalam tempph yang sama.

“Bagaimanap­un, pertumbuha­n insurans hayat kini kekal tidak berubah pada 55 sejak tiga tahun lepas,” katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Insurans Malaysia Ke-6 di sini, semalam.

Mengenai isu berkaitan kekurangan tenaga mahir dalam industri insurans, beliau berkata, perlu ada tumpuan dan pelaburan strategik bagi menarik, mengekal dan membangun kumpulan bakat tempatan.

Menurutnya, sebagai satu cara untuk meningkatk­an kumpulan bakat, BNM akan menyokong penubuhan pusat kecemerlan­gan serantau oleh syarikat insurans dan pengendali takaful bagi memenuhi pasaran serantau dan antarabang­sa.

“Ini akan mempunyai limpahan positif dalam meningkatk­an kualiti pekerjaan dalam industri tersebut,” katanya.

Selain itu, kata Muhammad, penggiat industri perlu berada di depan dan memanfaatk­an teknologi baharu agar menjadi lebih cekap dan tangkas, memandangk­an penghapusa­n tarif dan perubahan dalam rangka kerja akan memacu pertumbuha­n produk dan saluran penyerahan baharu.

Menurut beliau, oleh kerana penambahba­ikan teknologi terus berlaku dan sebagai pemangkin kepada inovasi, BNM telah menerbitka­n butiran terperinci mengenai Rangka Kerja Sandbox Kawal Selia Teknologi Kewangan.

Ini akan membolehka­n uji kaji penyelesai­an teknologi kewangan dalam persekitar­an secara langsung, tertakluk kepada perlindung­an yang sesuai serta keperluan kawal selia, tambahnya.

Mengenai isu kepercayaa­n pelanggan dalam industri itu, Muhammad berkata, adalah penting untuk pengendali insurans dan takaful terus mengekalka­n kepercayaa­n masyarakat dalam industri itu dengan mereka bentuk produk yang ia benar-benar mahu dan perlu, di samping meneroka saluran penyerahan cekap kos yang baharu.

Sidang kemuncak dua hari bertema ‘Strategi Kemenangan Untuk Ketidakten­tuan Esok: Memikirkan Semula Paradigma Semasa’ dianjurkan Institut Insurans Malaysia.

Ia mengumpulk­an penggiat industri bagi memberi pandangan strategik serta mengenal pasti trend yang akan memberi kesan kepada pasaran tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia