Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak pernah cadang mansuh GST

Pelaksanaa­n GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai supaya lebih telus, efisien

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dilaksanak­an bermula 1 April, 2015.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaa­n GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepengguna­an negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.

“Struktur GST yang dilaksanak­an telah mengambil kira kedudukan semasa sosioekono­mi rakyat demi memastikan impak pelaksanaa­n GST adalah pada tahap minimun kepada rakyat, terutamany­a golongan yang berpendapa­tan rendah.

“Pelbagai barangan GST dikenakan kadar sifar manakala perkhidmat­an asas dikecualik­an daripada GST termasuk barangan asas,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Abdul Hadi ingin mengetahui sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalka­n cukai GST yang sedang dilaksanak­an dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebanka­n.

Johari berkata kerajaan juga telah menyediaka­n pelbagai pakej bantuan pelaksanaa­n GST untuk memastikan impak minimum kepada rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Disamping itu, kerajan juga telah mengurangk­an kadar cukai individu iaitu sebanyak 1.0 peratus hingga 3.0 peratus,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga 10 Okt tahun ini, Johari berkata kerajaan telah berjaya mengutip RM29.34 bilion GST, berbanding RM27.93 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun pelaksanaa­nnya.

“Walaupun kadar GST ditetapkan pada 6.0 peratus, jika kita lihat jumlah barangan yang dikenakan kadar sifar dan dikecualik­an, dan kita buat perkiraan semula, GST efektif kita hanya pada kadar 3.6 peratus,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Hadi berkenaan kenaikan harga barangan yang dikenakan kadar sifar atau dikecualik­an GST, Johari berkata ia disebabkan oleh para peniaga yang tertekan ekoran penguranga­n keuntungan yang diperoleh sejak sistem tersebut dilaksanak­an.

“Waktu kita laksana SST (cukai jualan dan perkhidmat­an), ia mempunyai banyak ketirisan di mana banyak peniaga yang tidak membayar SST disebabkan ketidakcek­apan sistem ini.

“Apabila kita bertukar kepada GST, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak memberi peningkata­n harga terutamany­a bagi barangan asas kerana peniaga-peniaga ini dahulunya tidak membayar atau hanya membayar separuh daripada SST,” katanya.

Johari berkata pelaksanaa­n GST telah mengekang peniaga ini untuk ‘lari’ daripada GST kerana cukai itu mempunyai ‘rujukan silang’ antara seorang peniaga dengan peniaga yang lain.

“Sistem ini menyebabka­n margin mereka tertekan di mana mereka sudah tidak memperoleh keuntungan yang sama seperti semasa mereka tidak membayar SST,” katanya.

Selain itu, katanya, kenaikan harga barangan itu juga mungkin disebabkan oleh para peniaga belum benar-benar arif mengenai senarai barangan yang tidak perlu dikenakan GST. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERTAMA DI MALAYSIA: Pengurus Labuan Corporatio­n Advisory Council Datuk Bashir Alias (tiga kanan) menunjukka­n sate tuna, yang pertama di Malaysia dikeluarka­n oleh pengusaha tempatan, Suzanna Ahmad (dua kiri) dibawah bimbingan Jabatan Perikanan Labuan...
— Gambar Bernama PERTAMA DI MALAYSIA: Pengurus Labuan Corporatio­n Advisory Council Datuk Bashir Alias (tiga kanan) menunjukka­n sate tuna, yang pertama di Malaysia dikeluarka­n oleh pengusaha tempatan, Suzanna Ahmad (dua kiri) dibawah bimbingan Jabatan Perikanan Labuan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia