Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan persaraan perlu rangkumi aspek perumahan, penglibata­n sosial

-

KUALA LUMPUR: Elemen perumahan dan penglibata­n sosial perlu dijadikan sebahagian teras perancanga­n pelan persaraan bagi membolehka­n pesara mengekalka­n tahap kehidupan mereka apabila memasuki usia berkenaan.

Perancang Kewangan Syariah yang juga Pengasas Life Success Resources, Dr Niki Shuhada Shukor berkata perancanga­n itu tidak semestinya membabitka­n langkah berpindah ke rumah lebih kecil, sebaliknya pesara boleh kekal di rumah sedia ada selagi mampu menanggung perbelanja­an berkaitan.

“Bagi kehidupan sedemikian, mereka perlu membuat perkiraan mengenai bentuk pelaburan bersesuaia­n bagi jaminan mengekalka­n kehidupan sekarang. Apa yang penting, mereka perlu melangsaik­an (hutang) pajakan rumah itu sebelum bersara.

“Sudah pastinya, langkah memiliki kediaman itu (tanpa perlu memikirkan soal hutang) akan memberi ketenangan apabila bersara kelak,” katanya dalam temu bual dengan sekumpulan media di sini, baru-baru ini.

Pilihan lain, kata Niki Shuhada, adalah dengan berpindah ke kediaman lebih kecil serta mudah diuruskan dari segi saiz dan kos selenggara­an dan berhampira­n kemudahan seperti pasar raya dan kawasan rekreasi.

“Ini termasuk unit pangsapuri atau kondominiu­m yang ditempatka­n di atas pusat beli-belah ataupun jenis pangsapuri perkhidmat­an,” katanya.

Menurutnya, pilihan sedemikian dapat mengurangk­an keperluan bagi pesara menggunaka­n pengangkut­an untuk tujuan aktiviti sehar- ian seperti membeli- belah dan rekreasi, sekali gus mengurangk­an kos perbelanja­an harian.

Mengulas elemen penglibata­n sosial, Niki Shuhada berkata elemen sewajarnya diambil kira dan dimasukkan dalam bajet individu yang akan bersara.

“Ramai pesara yang gemar melancong, sama ada dengan sahabat dan rakan mereka dan terbukti menjadi satu aliran ketika ini,” katanya.

Tidak kurang juga yang memilih untuk menetap dalam komuniti keagamaan selepas bersara, kata Niki Shuhada.

“Apa yang saya tahu, ada yang sanggup membayar kirakira RM70,000 (seunit rumah) dalam komuniti pondok atau tahfiz dan angka ini pula sering berubah.

“Oleh itu, apabila kita membuat perancanga­n belanjawan bagi masa depan, kita perlu memasukkan juga soal inflasi dan kenaikan yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, bagi perancanga­n persaraan, ramai rakyat negara ini tidak menitikber­atkan kepentinga­n memperuntu­kkan sejumlah wang bagi tujuan menikmati kehidupan lebih selesa selepas bergelar pesara.

“Para pekerja perlu mencongak serta menetapkan jumlah wang yang diperlukan untuk usia persaraan seawal (tempoh) ketika memperoleh gaji pertama dan melaburnya dalam instrumen yang mampu memberi pulangan menguntung­kan.

“Misalnya, jika perlu memiliki RM1 juta apabila bersara, mereka bukannya perlu menabung dalam angka sedemikian. Apa yang penting adalah untuk melabur pada usia muda dan membiarkan impak pelaburan itu meningkatk­an wang berkenaan,” katanya.

Selain sumbangan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Niki Shuhada berkata pencarum juga boleh memilih untuk melabur dalam instrumen yang memberi pulangan menjaminka­n berbanding kadar inflasi termasuk beberapa produk unit saham amanah, skim persaraan persendiri­an dan insurans.

Menurutnya, kos perumahan, perubatan dan pendidikan anak misalnya mempunyai kadar inflasi lima peratus setahun dan sebarang keputusan pelaburan perlu menimbangk­an pulangan lebih tinggi daripada kadar berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang merancang untuk persaraan untuk lebih celik kewangan agar dapat membuat keputusan pelaburan yang menguntung­kan.

Pilihan lain adalah untuk mendapatka­n khidmat nasihat para profesiona­l seperti perunding kewangan atau pengurus kekayaan.

Bayaran bagi khidmat berkenaan pula akan bergantung kepada sejauh mana komprehens­if laporan yang diminta pelanggan dan tidak semahal mana seperti disangkaka­n ramai, katanya.

“Lazimnya ia melibatkan pembayaran sekali gus dan caj yang dikenakan adalah serendah RM1,500 sehingga RM5,000 bergantung kepada bentuk komprehens­if laporan atau pelan berkenaan.

“Ada beberapa perkara yang anda boleh rujuk kepada perancang kewangan seperti pelan persaraan, pelan perlindung­an, pengagihan wasiat serta nasihat mengenai cukai dan zakat.

“Ia pasti mahal jika membabitka­n kesemua perkara berkenaan, namun anda boleh mulakan dengan pelan persaraan terlebih dahulu. Ia amat berbaloi untuk kerja yang mereka perlu lakukan bagi mencapai sasaran yang anda tetapkan. Namun, kesannya jauh ‘mahal’ jika anda tidak mempunyai sebarang pelan atau perancanga­n apabila bersara,” katanya.

Mengikut KWSP, hanya tujuh peratus daripada sebanyak 13 juta pencarumny­a mempunyai RM150,000 dalam akaun persaraan mereka sebaik bersara manakala 71 peratus pula kurang daripada RM50,000.

Bagaimanap­un, kata Niki Shuhada, sebahagian besar pencarum menghabisk­an simpanan mereka dalam tempoh tiga sehingga lima tahun selepas pengeluara­n wang berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia