Utusan Borneo (Sarawak)

Firma China, Zoomlion Internatio­nal Trading sasar bahagian pasaran M’sia

-

CHANGSHA ( HUNAN, CHINA): Peneraju pasaran industri beratChina, Zoomlion Internatio­nal Trading menyasarka­n bahagian pasaran perniagaan­pembinaan dan sewaan peralatan berkaitan di Malaysia termasuk membangunk­ankumpulan tindakan perkhidmat­an kecemasann­ya.

Timbalan Pengurus Besarnya, Geoffrey Tao juga memperakui kepentinga­nMalaysia bagi syarikat itu di pasaran Asia Tenggara yang menyaksika­n beberapane­gara melalui kepesatan pembanguna­n infrastruk­tur.

“Ada projek kami yang turut membabitka­n pembinaan jalan raya bagi kemudahanp­elabuhan. Semua ini amat penting kepada kami dan menjadi sebahagian usahastrat­egik syarikat untuk mewujudkan lebih banyak rakan perkhidmat­an berbanding sebelum ini,” katanya kepada sekumpulan media antarabang­sa di ibu pejabat syarikat itu di sini.

Tao berkata, peningkata­n permintaan bagi perkhid- matan sewaan peralatan turut memberi peluang kepada syarikat itu.

“Bagi penyelesai­aan sewaan ini misalnya, anda perlu memastikan dapat menghantar pasukan tindakan kecemasan dalam tempoh 2448 jam jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini di lokasi kerja berbeza.

“Di pihak syarikat, kami mencari ( peluang menjalin) kerjasama dengan rakan tempatan. Kami perlu menyegerak­an strategi ini atau berdepan kehilangan bahagian pasaran,” katanya.

Sementara itu, pengeluar mesin percetakan 3D, Hunan Farsoon High-Tech Co Ltd (Farsoon Technologi­es), pula menyifatka­n Malaysia sebagai negara unik berikutan kedudukann­ya di Asia Tenggara.

“Kami mempunyai pilihan untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan serantau berikutan kedudukann­ya itu. Bilangan penduduk Cina yang ramai juga memudahkan kami untuk bekerja dari segi bahasa.

“Di Asia Tenggara, Malaysia sudah membuktika­n ia mempunyai potensi masa depan yang amat baik. Malah, ada banyak industri yang memasuki rantau itu dan ia menjadi alasan terbaik untuk kami memulakan langkah berkenaan,” kata Pengarah Kumpulan Perniagaan Global syarikat itu, Don Xu. — Bernama

 ??  ?? GEOFFREY TAO
GEOFFREY TAO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia