Utusan Borneo (Sarawak)

Hakim urus kes kartel dibunuh

-

KOTA MEXICO: Seorang hakim persekutua­n di mahkamah yang telah mengendali­kan beberapa kes yang ada kaitan dengan kartel dadah telah dibunuh dekat Kota Mexico kelmarin.

Vicente Antonio Bermudez Zacarias dibunuh di Metepec, sebuah bandar di negeri Mexico, Mahkamah Agung menyebut dalam satu kenyataan.

Presiden Enrique Pena Nieto mengecam pembunuhan itu dan mengarahka­n pejabat ketua peguam negara untuk mengambil alih siasatan.

Menurut media tempatan, Bermudez ditembak pada bahagian kepala dari jarak dekat dan mati akibat kecederaan­nya ketika dibawa ke hospital. Hakim itu sedang bersenam di luar ketika dia dibunuh, menurut akhbar Reforma.

Gabenor Negeri Eruviel Avila berkata serangan itu dirakamkan oleh kamera keselamata­n.

Bermudez menjadi seorang hakim mahkamah daerah pada Disember 2013 dan berkhidmat di Tribunal Kelima bagi rayuan dan penghakima­n sivil di negeri Mexico ketika dia dibunuh.

Mahkamah itu mengendali­kan kes yang ada kaitan dengan jenayah terancang tetapi motif bagi pembunuhan­nya tidak segera diketahui.

Kes- kes Bermudez termasuk kes yang melibatkan kartel dadah Los Cuinis dan satu siasatan penipuan cukai ke atas ahli perniagaan berpengaru­h Naim Libien Kaui, dari keluarga yang dituduh ada kaitan penyeludup dadah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia