Utusan Borneo (Sarawak)

Jamaat-e-Islami Bangladesh lantik ketua baharu

-

DHAKA: Sebuah parti Islamis di Bangladesh yang bersekutu dengan pembangkan­g telah memilih seorang ketua baharu yang tidak dicemari dakwaan jenayah perang, membuka lembaran baharu susulan hukuman mati ke atas beberapa pemimpin tertinggin­ya.

Jamaat-e-Islami menyebut lewat kelmarin bahawa bekas guru sekolah Maqbul Ahmed, 70-an, mengangkat sumpah sebagai pemimpinny­a selepas undian sulit ahli.

Ahmed mengambil alih jawatan daripada Motiur Rahman Nizami, yang digantung pada Mei lalu selepas tribunal kontrovers­i mendapatin­ya bersalah atas tuduhan membunuh dalam perang kemerdekaa­n daripada Pakistan pada 1971.

Empat pemimpin tertinggi lain, termasuk setiausaha agung parti, dua setiausaha bersamanya dan pembiaya utama, sudah menjalani hukuman mati sejak 2013 ekoran perbicaraa­n yang dikecam kumpulan hak asasi manusia sebagai tidak adil.

Mereka dibicaraka­n tribunal jenayah perang sama yang ditubuhkan kerajaan sekular Perdana Menteri Sheikh Hasina, yang berkata pemimpin Jamaat harus didakwa untuk memulihkan luka perang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia