Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sabah kenal pasti 17 perkampung­an berisiko

-

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah mengenal pasti 17 perkampung­an atas air di negeri ini yang berkepadat­an tinggi adalah berisiko terdedah dengan kejadian kebakaran.

Pengarahny­a, Nordin Pauzi berkata perkampung­an itu adalah Kampung Tanjung Batu di Kota Marudu, Kampung Tanjung Batu Kapur (Kudat), Kampung Sabah Baru (Lahad Datu), Kampung Inanam Laut (Inanam), Kampung Kinarut (Papar), Kampung Mengkabong (Tuaran) serta Kampung Pulau Bum-Bum dan Kampung Simunul di Semporna.

Katanya, selain itu Kampung Lubuk Wayan (Beaufort), Kampung Hidayat Batu 4 dan Kampung Titingan (Tawau), Kampung Tanjung Paya (Sipitang), Kampung Menumbuk (Kuala Penyu), Perkampung­an Air Pulau Gaya, Kg Sim Sim (Sandakan), Kampung Pengkalan (Kunak) serta Kampung Ambang (Kota Belud) turut berisiko.

“Setakat ini JBPM Sabah merekodkan 16 kejadian kebakaran telah berlaku di perkampung­an atas air pada tahun ini sehingga semalam berbanding 19 kes pada tahun lepas dan 23 kes pada tahun 2014,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamata­n Kebakaran Perkampung­an Atas Air Peringkat Daerah Tawau yang disempurna­kan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Nordin berkata kes kebakaran rumah atas air sering melibatkan jumlah rumah yang banyak ekoran masalah memadam kebakaran yang dihadapi JBPM, antaranya ketiadaan sumber air dan pili bomba.

Di samping itu menurutnya, usaha meningkatk­an kesedaran penduduk tentang bahaya kebakaran tidak mencukupi dan memerlukan tindakan secara kolektif dalam memberi kerjasama dan sokongan kepada jabatan yang berkaitan.

“Penyertaan penduduk dalam Program 1 Rumah 1 Alat Pemadam Api (1RAPI) sangat disarankan iaitu penduduk membeli sendiri satu alat pemadam api untuk rumah mereka dengan harga yang berpatutan,” katanya lagi.

Menurutnya, penduduk juga perlu menyokong dan membantu masyarakat yang secara sukarela menjadi anggota Pasukan Bomba Komuniti ke arah menyampai maklumat kesedaran dan memantau risiko kebakaran di kawasan perumahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia