Utusan Borneo (Sarawak)

Fiesta Labur PNB 2016 di Simunjan mendapat sambutan

- Muka

FIESTA Labur Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2016 di Simunjan mendapat sambutan meriah daripada penduduk setempat.

Majlis perasmian disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri dan turut dihadiri Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Mohammad Hussin, Ketua Pegawai Operasi ASNB Kamarul Baharin Mohd Daud dan tetamu kehormat lain.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang fiesta itu dalam menggiatka­n usaha mendekati masyarakat bagi memperkasa ilmu dan amalan pengurusan kewangan bijak dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Antara aktiviti yang diadakan ialah cabaran perancanga­n kewangan yang merupakan permainan interaktif berkaitan simulasi kewangan, Mega Hibur Labur dan Bijak Cari Bijak Cantum yang merupakan program hibur didik interaktif khusus untuk pelabur-pelabur cilik, aktiviti sukan rakyat seperti boling kelapa yang menerapkan konsep risiko dan pulangan dalam pelaburan dan pelbagai lagi aktiviti dan program menarik, zumba, ‘wall climbing’, ‘Penalty Shootout’, ‘Inflatable Bounce’, pertanding­an memancing, karaoke, kereta berhias dan pertunjuka­n motosikal berkuasa tinggi.

Selain itu, dua anak syarikat Kumpulan PNB iaitu CCM dan Takaful Ikhlas turut mengadakan pameran sepanjang berlangsun­gnya fiesta ini.

Program itu diharap dapat meningkatk­an keyakinan pelabur terhadap PNB dan juga dapat mengambil peluang untuk berinterak­si dan mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan dan pencapaian syarikat Kumpulan PNB.

Gerai pameran syarikat Kumpulan PNB turut dibuka sepanjang Fiesta Labur PNB yang diadakan di Dewan Masyarakat Simunjan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad di Dewan Mesra Simunjan berlangsun­g meriah baru-baru ini.
MERIAH: Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad di Dewan Mesra Simunjan berlangsun­g meriah baru-baru ini.
 ??  ?? RASMI: Nancy ditemani Abdul Wahid memukul gong sebagai simbolik perasmian Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad di Dewan Mesra Simunjan.
RASMI: Nancy ditemani Abdul Wahid memukul gong sebagai simbolik perasmian Fiesta Labur Permodalan Nasional Berhad di Dewan Mesra Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia