Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Polis Negeri Sembilan tonton filem ‘ Temuan Takdir’

-

SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof barubaru ini hadir menyaksika­n tayangan eksklusif filem ‘Temuan Takdir’ arahan Dhyan Vimal, yang merupakan pengasas dan pengerusi Friends to Mankind (FtoM).

Turut hadir ke tayangan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Muhamad Zaki Harun, Ketua-Ketua Polis Daerah dan kira-kira 200 anggota dan pegawai serta pengamal media.

‘Temuan Takdir’ mengisahka­n tentang penyiasata­n yang disulami dengan nilai-nilai kekeluarga­an.

Jaafar ketika ditemui selepas tayangan itu berkata filem yang penuh dengan kasih sayang itu antara lain memberi mesej berkenaan tanggungja­wab setiap anggota masyarakat dalam mempertaha­nkan keamanan, perpaduan serta keharmonia­n dalam sebuah komuniti berbilang bangsa dan budaya di negara ini.

“Saya ucap syabas dan tahniah kepada penganjur yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan program ini.

“Ini menunjukka­n kepada kita semua bahawa semangat muafakat di kalangan warga kerja akan mampu membentuk satu kerjasama yang sangat besar ertinya kepada organisasi,” katanya.

Sementara itu, Dhyan Vimal, anak kelahiran Mersing, Johor itu berkata filem pertama arahannya itu bertujuan memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat supaya mengambil tanggungja­wab dalam memastikan keamanan dan bukan hanya menyerahka­n tanggungja­wab kepada polis.

“Temuan Takdir bukan hanya cerita mengenai kepolisan sebaliknya kehidupan di sebalik seorang anggota polis,” katanya.

FtoM adalah badan bukan kerajaan (NGO) antarabang­sa yang berpangkal­an di Kanada dan mempunyai pejabat dan wakil di seluruh dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Switzerlan­d, Sepanyol, Sweden, Singapura, Jerman dan Australia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia